Wednesday, May 19, 2010

SALAM PERJUANGAN, perjuangan itu satu pengorbanan!!!

KalaMuqadimmah

Sahabat –sahabat sekalian ,

Pertamanya dan selamanya ,marilah sama–sama kita memanjatkan rasa syukur kita kepada Allah swt kerana dengan perkenanNya dapat lagi kita dipertemukan. Pertemuan yang singkat ini ,Insya Allah dapat mengingatkan kita betapa perlunya hubungan keakraban dalam persahabatan.

Ana berasa amat bertuah dan beruntung ditakdirkan oleh Allah swt untuk mengenali semua sahabat yang ana kasihi. Kita tidak pernah merancang untuk bertemu, namun ketetapan Allah swt mengatasi segalanya. Sepanjang kita bersama di bumi wakafan ini terlalu banyak ilmu dan pengalaman yang diperolehi. Ana pasti ‘pertemuan’ sesama kita banyak membantu kita dalam memahami tujuaan utama kehidupan kita di muka bumi ini. Perlu diingatkan juga semua ini sebagai persediaan kita dalam menghadapi ancaman musuh dalam dan luar.

Sahabat-sahabat yang dikasihi,

Ana bersyukur kerana Allah swt mengizinkan untuk ana menyiapkan makalah yang tidak seberapa ini. Inilah hasil yang terdaya ana lakukan. Anggaplah makalah ini sebagai hadiah daripada ana. Inilah sumbangan yang termampu ana lakukan untuk antunna sekalian. Ana tidak mengharapkan apa-apa ganjaran. Cuma apa yang ana impikan adalah penerusan proses tarbiyah di kalangan kita semua. Maafkan ana di atas kelemahan diri ini.

Kesungguhan ana dalam melakukan perkara sebegini adalah sebagai satu jalan untuk ana sebarkan kefahaman yang ana ada dalam bentuk yang mampu ana sampaikan. Melalui bidang penulisan sebegini, ana yakin antunna lebih mudah memahami fikrah ini. Ana menimba teori tarbiyah dan ana cuba merealisasikannya secara zahir dan berperingkat-peringkat. Sejajar dengan itu, jauh di sudut hati yang kerdil ini ana ingin melihat semua saudara yang ana kasihi sebagai tenaga penggerak dalam menjaga kesucian biah di Materi. Semoga pengisian di dalam makalah ini, sedikit sebanyak mampu memberi manfaat kepada sahabat sekalian.

“Kebenaran hendaklah disertai keberanian”
Abu Dzar Al-Ghifari



Sahabat seperjuangan sekalian,

Kita adalah milik tarbiyah. Penyerahan hati sepenuhnya perlu berlaku dalam proses yang sukar ini. Kita akan bernilai apabila kita bangkit untuk medan ini. Bernilai di sisi Allah swt . Berharga di sisi Islam. Media seruan ini memerlukan tenaga kita, masa dan fikiran kita. Sumbangkanlah.

Kini, tugas kita sudah bermula. Tugas kita memperbaiki diri melalui proses tarbiyah. Tugas kita mencabut akar jahiliyah yang menjalar di dalam masyarakat dari akar umbinya. Inilah prinsip kita. Menentang jahiliyah sepanjang masa. Kita cuba, kita usaha, kita teruskan usaha yang murni ini. Andaikata kita mempunyai sepasang sayap , marilah sama –sama kita terbang mencapai keredhaan Nya.☼


Sahabat –sahabat tercinta ,

Teguhkanlah ……..
Eratkanlah ………..

Tali Ukhuwah Fillah Ini ,

Tekunlah………..
Telitilah……….

Dalam Melaksanakan Amanah Ini

Istiqamahlah…….
Teruskanlah…….

Pada Jalan Yang Sukar Ini


“ Tanpa Ukhuwah , Manusia Akan Musnah.”



Saudara mu,
HambaNYA yang sentiasa memohon segala keampunan dariNYA

“Manusia yang hidup mesti berjuang, kalau tidak dengan senjata berjuanglah dengan pena”
Amir Shakib Arselan

Monday, May 10, 2010

Pelajar UMT meniggal ketika keluar berdakwah

Assalamualaikum Wbt.

Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) arwah telah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.

Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu
. Ikuti cerita selanjutnya dari bapa saudara arwah...Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahajasolat Asar berakhir.

Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memangterasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan
dia seperti masih hidup.

Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketikamenunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.

Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid. Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.

Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan
berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama.Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran
pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester
panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.

Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.

Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? Adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan.