Sunday, January 9, 2011

Cara mengajak manusia ke arah amalan kebenaran..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Dengan NamaMu Ya Allah Yang Maha Mengasihi Kami. Dengan NamaMu aku menulis lagi. Apa khabar sahabat semua. Rindu rasanya sudah lama tidak dapat menulis di ruang ini. Rindu bersama dengan sahabat-sahabat semua yang sedang sama-sama merinduiNya, sama-sama bergantung kepadaNya, sama-sama berjuang di jalanNya. Indah hidup dituntun Allah, indah hidup dikasihi Allah dan indah hidup dirindui Allah. Kami merinduiMu Allah, sangat merindui Mu, sangat MengasihiMu. terima kasih Allah, tak terungkap kata untuk mengukirkan syukur kepada atas kasih sayang Mu.

Sahabat yang dirahmati Allah, satu cara penting untuk mengajak orang ke arah kebenaran yang kita percaya ialah ‘jangan paksa, tetapi beri pilihan’. Ini penting untuk memastikan bahawa yang ditaati ialah Allah, bukan taat pada diri kita. Lagi terbuka dan banyak pilihan yang boleh kita berikan, maka akan makin terbukalah peluang untuk masing-masing berfikir untuk menuju hidayah. Yang penting, yang mengingatkan perlu selalu berusaha dengan connect bersama individu yang dimaksudkan.



Bukan sahaja connect tetapi perlu acknowledge serta serve individu tersebut.Kalau perlu inquire, sila inquire dengan baik dan bukan bersifat agenda. Inquire dengan bentuk untuk bertanya apakah cabaran sebenar yang dialami oleh individu tersebut. Kalau kita tanya dan dapat membantu, Alhamdulillah. Kalau kita bertanya, dia marah dan menjauh, tidak mengapa. Lain kali boleh cuba kerana kita inquire bukan untuk mendapat perhatian manusia, tetapi kerana ingin membantunya kerana Allah.

Apabila sudah ditanya, berikan choice kepada individu itu. Jangan dipaksa dengan perkataan, tetapi tunjukkan amalan yang mulia. Ramai akan berfikir dan menyerah kepada kebenaran apabila ia tidak dipaksa dengan perkataan, tetapi dipaksa oleh contoh mulia yang dilihatnya. Amalan baik mempunyai energy yang lebih powerful daripada perkataan manusia.

Moga Allah memberi kita hikmah dalam menyampaikan kebenaran sesama kawan, bersama ahli keluarga atau dalam kehidupan seharian.

Tuesday, January 4, 2011

Wake Up!!!

SEDARILAH pemuda, sahabat, saudaraku, kawanku yang masih bersemangat dan mahukan ISLAM tertegak di bumi Malaysia yang tercinta ini! Bukan impian yang kita mahu tetapi kenyataan, kenyataan yang kita mahukan dari titik peluh usaha kita sendiri, namun ia bukanlah impian semata2, bukanlah semangat semata-mata, jauh lagi SLOGAN KOSONG yang dalamnya lompong semata-mata! marhalah(perjalanan) ini sebenarnya teramat jauh dan ia perlu usaha yang tersusun dengan rapi sekali. sikap kita yang tergopoh dan mahu cepat mengecapi kemenangan membuatkan kita tidak akan mencapai kemenangan yang selayaknya SEDANGKAN UMMAT TIDAK TAHU PUN AKAN KEPENTINGAN SOLAT! LAGI, lihatlah akan keputusan yang kita sendiri tidak perlu bertanya pada sesiapa pun kerana kita sendiri sudah tahu akan hakikatnya!

(9:42) Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: "Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu." Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta. (at-taubah)

perjalanan dan perjuangan yang tersusun dan teratur setelah melepasi marhalah-marhalah yang tertentu maka barulah ALLAH akan memberikan janji2NYA kepada kita semua. telusurilah , laluilah, salurilah jalan dan tingkatan-tingkatan itu agar kemenangan yang dikecapai akan kekal bertahan dan berkesan walaupaun ia mengambil masa yang lama!........wallahhua'lam
allahhuakbar (3x)