Monday, June 21, 2010

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Allah Yang Sangat Dicintai, Yang Sangat Dirindui... tidak tertulis kata-kata yang bisa mengungkapkan perasaan ini kepadaMu Ya Allah, tidak terlukis keindahan yang bisa menggambarkan kebahagian mencintaiMu...



InsyaAllah dikesempatan ini saya ingin berkongsi tentang indahnya ukhwah... Sabda Nabi Muhammad SAW. yang bermaksud:

“Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikianlah keindahan Islam. Jauh dari unsur mementingkan diri sehinggakan kasih sesama saudara diletakkan sebagai syarat kesempurnaan iman.

Untuk menyahut seruan ini, cuba kita praktikkan perkara di bawah. Semoga dengan cara ini ukhwah yang terjalin akan bertambah kukuh dan manis.

1. Nyatakan rasa kasihmu terhadap saudaramu.

Sabda Rasulullah: “Jika seseorang itu kasih akan saudaranya, beritahulah kepadanya bahawa dia kasih kepadanya.” (Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi)


2. Mintalah supaya saudaramu mendoakanmu sebelum berpisah.

Umar al-Khattab r.a berkata, “Saya minta izin kepada baginda Rasulullah s.a.w untuk mengerjakan umrah. Baginda Rasulullah s.a.w membenarkan dan berpesan; “Jangan lupa berdoa untuk kami bersama.” (Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi).

3. Segeralah bersalam apabila bertemu.

Sabda Rasulullah s.a.w, “Tiadalah dua orang muslim yang bertemu lalu bersalaman melainkan dosa mereka akan diampunkan sebelum berpisah.”

4. Bermanis muka apabila bertemu “Janganlah kamu memandang hina terhadap kebaikan walaupun kecil, sekalipun bermanis muka ketika bertemu dengan kawan-kawan”.

5. Memberi ucapan tahniah kepada saudaranya dan menyukakan hatinya.

“Siapa yang menemui saudaranya dengan apa-apa yang menyukakannya, nescaya Allah akan menyukannya pada hari kiamat.”

6. Laksanakan tanggungjawab persaudaraan dengan sempurna.

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu, satu kerumitan daripada kerumitan Akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutupkan keaibannya di dunia dan akhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya. (Riwayat Muslim)

Ayuh saudara-saudara yang dirahmati ALLAH SWT, saya berpesan kepada diri sendiri terlebih dahulu moga kita semua sentiasa memohon doa dan memanjatkan seinfiniti kesyukuran kerana dikurniakan sahabat yang sama-sama berkongsi suka dan duka bersama-sama.. Paling berharga carilah sahabat yang membawa kita menemui cinta dari Ilahi.. Wallahua'lam..

You can’t stop us now!!!

Berapa banyak orang berhenti
berteriak saat mereka mula kehadapan?
Berapa banyak orang mati
dalam peperangan saat ini?
Berapa banyak orang yang hilang
dari halaman rumahnya?
Berapa banyak nasihat @ motivasi
yang mereka turuti?
Berapa banyak yang akan kita hitung lagi?
Berapa banyak?
Akankah semua ini menghentikan langkah kita?
Tidak sahabat. Jangan pernah sahabat
Akhirnya semuanya telah pasti!!
Aku, kamu, dan kita semua
Iaitu MATI

Hantarkan AKU ke Sana =>

Gelora mengiringi dada ini…
Bersama rasa rindu yang mendalam…
Dari hamba yang berlumur dosa dan kealpaan…
Berharap dapat bersua dengan-Mu…
Wahai Rabbul`alamiin…

Dengan taubat ku berharap…
Kuatkan jiwa ini menemuiMU…
Kuatkan langkah kaki ini menempuhnya…
Tanamkan niat ini dalam mencapainya…
Ikhlaskan hati ini menjalaninya…

Aku rindu…aku rindu…aku rindu…
Rindu berjumpa dengan-Mu dalam SYAHADAH…
Rindu bersua dengan-Mu dalam IMAN…
Rindu bersama-Mu dalam TAUHID…
Rindu dan indahnya hidup dalam naungan redhoMu…
Syariat ISLAM…Daulah ISLAM…Khilafah ISLAM

Duhai Allah yang tiada sekutu bagi-Mu…
Hantarkanlah kerinduanku ini…
Mudahkanlah…
Lapangkanlah…
Untuk meraih cita-cita…
KEMULIAAN HIDUP DALAM ISLAM, ATAU
KESYAHIDAN DALAM PERJUANGAN

Aku berharap tergolong dalam yang Kau hantarkan….
Redhoi dan kabulkanlah…
Amin ya Allah, ya Rabbal`alamiin…

Sunday, June 20, 2010

Malu Untuk Menegur Perkara Mungkar



Ramai orang mengatakan belum cukup ilmu apabila ditanyakan mengapa tidak menegur orang yang berbuat salah. Tidak kurang juga yang mengatakan diri sendiri belum baik, mengapa perlu menegur orang lain. Bahkan ada juga yang mengatakan perlu apa menjaga tepi kain orang, tak perlu jadi 'busy body'. Adakah kita semakin menjadi manusia yang individualistik? Amat mementingkan diri sendiri? Dan banyak lagi alasan lain untuk tidak menegur. Barangkali sifat merendah diri atau memikirkan kelemahan dan kekurangan diri menjadikan kita tidak yakin dan akhirnya meninggalkan usaha mengajak kebaikan.

Persepsi Diri Yang Salah

Ada di antara kita yang memandang zaman ini menegur orang biarlah kepada mereka yang ber'authoriti'. Serahkan sahaja pada pak imam, ustaz atau ustazah. Ada yang berpendapat untuk menegur orang lain diri perlu menjadi maksum seperti Nabi Muhammad s.a.w. Malu dengan latar belakang keluarga yang tidak sempurna didikan agama.
Faham dan laksanakanlah sepertimana yang disabdakan oleh RASULULLAH SAW:
“sampaikan daripadaku walau sepotong ayat,”

Hanya sekadar wardah.. yg BAIK moga BERTERUSAN, yg BURUK jangan DIIKUTI (",)

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk...

Orang yang suka beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)

Orang yang makan banyak disangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka diet
Orang yang baik disangka buruk
Orang yang buruk disangka baik

Orang yang suka senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri

Orang yang nampak menawan disangka pakai susuk
Orang yang nampak ceria disangka membela

Mana kita tahu ...
Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah

Mana kita tahu ...
Yang senyum itu kerana tujuan bersedekah

Mana kita tahu ...
Yang diam itu kerana mengenangkan nasib masa depan dirinya

Mana kita tahu ...
Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya

Mana kita tahu ...
Yang ceria itu kerana cergas cerdas otaknya

Maha Benar Firman ALLAH ~(Al-Hujurat:12)
"Wahai orang2 yg beriman!! Jauhilah dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa. Janganlah kamu mencari kesalahan org lain, dan jangan ada diantara kamu yang suka menggunjing sebahagian yg lain. Apakah diantara kamu suka makan daging saudaranya yg sudah mati?? pasti kamu merasa jijik. Bertakwalah kpd ALLAH, sungguh ALLAH Maha penerima taubat lagi Maha penyayang..

Saturday, June 19, 2010

Selamat HARI BAPA :-)

BAPA adalah orang penting dalam keluarga bagi
membentuk sahsiah dan identiti seorang anak. Anak pula
adalah penyejuk mata manusia dan buah hati bapa dalam
hidup ini.

Justeru, anak yang menggembirakan umur dan
menghiburkan hidup bapa. Disebabkan anak-anak, hidup
bapa menjadi ceria dan seronok. Kerana anak-anak juga,
bapa bekerja keras menampung keperluan seharian demi
membesarkan mereka menjadi manusia berjaya.

Oleh itu, wajarlah bapa tidak cuai dalam membentuk
pendidikan dan sentuhan kasih sayang kepada anak-anak.

Ia supaya anak-anak membesar dalam suasana penuh
penghormatan, didikan tertib dan kasih sayang melimpah
ruah.

Rahmat kasih sayang sejati dan akhlak Islam dalam
kehidupan Rasulullah diungkapkan oleh Anas seperti
mana kata-katanya: “Aku tidak pernah melihat seorang
yang lebih merahmati keluarganya daripada Rasulullah.”


Kata Anas lagi: “Adalah Ibrahim (putera Rasulullah
dari Mariatul Qibtiah) disusukan bagi Rasulullah di
utara Madinah, maka Rasulullah pergi ke sana bersama
kami lalu memasuki rumah itu dengan mengambil Ibrahim
lalu diciumnya, selepas itu baru Baginda kembali.”
(Hadis riwayat Muslim).

Abu Hurairah meriwayatkan, katanya, bahawa Rasulullah
mencium Hussin bin Ali, lalu berkata Al-Aqra’ Ibn
Habas: “Sesungguhnya bagiku ada sepuluh anak, tetapi
aku tidak pernah mencium seorang pun daripada mereka.”
Lalu Baginda bersabda : “Sesiapa yang tidak merahmati,
dia tidak dirahmati.”

Pendidikan dalam bentuk bermesra dan bergurau senda
ketika melayani anak amat digalakkan dalam Islam
seperti yang ditunjukkan Rasulullah.

Malah, Baginda juga pernah bersabda bermaksud:
“Sesiapa yang mempunyai anak kecil, hendaklah menjadi
anak kecil terhadapnya.” (Hadis riwayat Ibn Asakir).

Rasulullah juga tidak membeza-bezakan layanan terhadap
anak lelaki atau perempuan. Ummul Mukminin Aisyah
pernah berkata: “Sesungguhnya, apabila Fatimah masuk
menemui Rasulullah, Baginda bangun menyambut
kedatangan puteri Baginda dan mengalu-alukan
kedatangannya, menciumnya dan mempersilakan dia duduk
dalam majlis Baginda.

“Begitu juga, apabila Rasulullah masuk menemuinya
(Fatimah), dia bangun menyambut Rasulullah dan mencium
baginda dan mempersilakan Rasulullah duduk dalam
majlisnya. Dan sesungguhnya, Fatimah sudah masuk untuk
berjumpa Rasulullah pada masa Baginda sedang sakit
menjelang kewafatan Baginda, lalu Baginda
mengalu-alukan dia dan menciumnya.” (Hadis riwayat
Bukhari dan Muslim).

Perkembangan semasa menyaksikan penularan gejala
keruntuhan akhlak dalam masyarakat, rapuhnya ikatan
kekeluargaan dan sesama insan.

Ia turut menular dalam keluarga termasuk keretakan
hubungan suami isteri dan anak dengan ibu bapa.

Kajian yang dijalankan menunjukkan, apabila fungsi
bapa gagal dijalankan, maka ia akan membentuk sikap
sama pada anak lelaki dan perempuan. Selepas berumah
tangga, anak-anak itu akan melakukan perkara sama
kepada anak mereka.

Dalam buku What A Difference A Daddy Makes oleh Dr
Kevin Leman menggariskan sebab kehadiran seorang bapa
penting dalam kehidupan anak. Antaranya:


Membentuk keyakinan diri seorang anak.


Mencorakkan maruah diri seorang anak.


Meningkatkan kecerdasan emosi dan kepintaran akalnya.


Membentuk tanggapan anak perempuan terhadap lelaki
yang mendampinginya.

Anak-anak sangat memerlukan sentuhan, perhatian,
belaian, kasih mesra, gurau senda dan ketegasan
daripada seorang bapa.

Bagi anak, bapa yang selalu tidak berada di rumah akan
menjadikannya seolah-olah seperti seorang anak yatim.

Justeru, kepulangan bapa tidak pernah disambut.
Baginya, kehadiran bapa di rumah seperti ketiadaannya.
Ini berlaku disebabkan tidak ada sentuhan sama ada
dalam bentuk fizikal, perbuatan atau perkataan.

Lama kelamaan, anak hanya menjadikan bapa sebagai
tempat meminta wang, bukannya sebagai tempat mengadu,
bermain atau meluahkan masalah.

Anak berasakan mereka tidak ‘diterima’ oleh bapa
sendiri. Ia menyebabkan anak-anak akan mengalihkan
perhatian kepada kawan yang menerima mereka seadanya.

Bapa yang terlalu garang, kerap mengkritik anak, tidak
pernah mendengar luahan perasaan dan pendapat anak
serta sering membuat keputusan yang bertentangan
dengan kehendak anak (kerana merasakan keputusan
mereka lebih baik) juga menyebabkan anak merasa
tersisih dalam rumah sendiri.

Perceraian dan poligami juga kadang-kadang menyebabkan
bapa mula mengabaikan tanggungjawab memberi perhatian
kepada anak yang sedang membesar.

Keadaan lebih buruk selepas anak meningkat remaja.
Mereka akan lebih percayakan kawan dan lebih senang
menghabiskan masa dengan kawan daripada keluarga
sendiri.

Anak jenis ini akan mudah menerima huluran
persahabatan daripada orang luar yang tidak dikenali.
Mereka juga akan lebih mudah bersama remaja lain yang
juga mempunyai bapa jenis itu.

Penerimaan orang lain terhadap seseorang adalah
sesuatu yang diinginkan oleh setiap insan. Begitu
juga, anak mahukan bapa menerima kehadirannya dengan
sepenuh hati.

Anak juga mahukan bapa menghargai dan menyokong
kebaikan anaknya, merangsang dan menggalakkan minatnya
serta menegur dengan baik kesilapan dilakukannya.

Jika tugas ini gagal dijalankan oleh bapa, anak akan
mengemis ‘penerimaan’ orang luar yang mungkin
mengambil kesempatan daripada anak yang dahagakan
kasih sayang.

Perhatian yang diberikan bapa kepada anak perempuan
didapati mempengaruhi hubungan anak itu dengan lelaki
lain.

Anak perempuan yang mendapat perhatian mencukupi
daripada bapa akan meletakkan piawaian tinggi terhadap
lelaki yang mendampinginya.

Dia tidak mudah terpengaruh dengan sifat luaran,
tetapi mutu yang ada pada lelaki itu.

Kajian mendapati, anak perempuan yang tidak mendapat
perhatian bapa kerap bertemu dan berkahwin dengan
lelaki yang juga kurang mengambil berat terhadap
perasaan isteri, rumah tangga dan anak-anak.

Allah memuliakan kedudukan bapa dan memerintahkan
anak-anak taat kepada bapa seperti mana firman-Nya
yang bermaksud: “Dan kami wajibkan manusia (berbuat)
kebaikan kepada kedua orang ibu bapanya” (Surah
al-Ankabuut, ayat 8).

Justeru, wajarlah bapa menunaikan tanggungjawab dan
amanah yang dipikul dengan menunaikan hak kepada
anak-anak dengan sebaik mungkin.

Hubungan bapa dan anak ibarat tali bersimpul mati.
Hubungan bapa dengan anak tidak mungkin boleh
dirungkai walaupun bapa sudah bercerai.

Hubungan ini tetap akan dituntut di akhirat kelak
iaitu sejauh mana tanggungjawab yang ditunaikan dan
hak yang diberikan.

Hubungan suci ini juga tidak akan berakhir walaupun
anak itu sudah berkahwin dan berkeluarga. Malah, dalam
satu hadis, Rasulullah menjelaskan keutamaan bapa yang
berbuat baik terhadap anak yang sudah janda disebabkan
kematian suami atau bercerai.

Rasulullah bersabda kepada Suraqah Ibn Ju’syum
maksudnya: “Mahukah aku tunjukkan kepada kamu
sebesar-besar sedekah atau daripada sebesar sedekah?
Suraqah berkata: “Hebahkan wahai Rasulullah.” Lalu
Baginda bersabda: “Puterimu yang sudah menjadi janda
(kerana perceraian atau kematian suami) pulang kembali
kepadamu, yang tidak mempunyai tempat bergantung
selain daripadamu.” (Hadis riwayat Ahmad, An-Nasai dan
Ibn Majah).

Sesungguhnya, anak-anak kita mungkin mempunyai ramai
teman dan rakan serta boleh bertukar-tukar pasangan
hidup, tetapi mereka hanya mempunyai seorang bapa saja
di dunia ini.

Wednesday, May 19, 2010

SALAM PERJUANGAN, perjuangan itu satu pengorbanan!!!

KalaMuqadimmah

Sahabat –sahabat sekalian ,

Pertamanya dan selamanya ,marilah sama–sama kita memanjatkan rasa syukur kita kepada Allah swt kerana dengan perkenanNya dapat lagi kita dipertemukan. Pertemuan yang singkat ini ,Insya Allah dapat mengingatkan kita betapa perlunya hubungan keakraban dalam persahabatan.

Ana berasa amat bertuah dan beruntung ditakdirkan oleh Allah swt untuk mengenali semua sahabat yang ana kasihi. Kita tidak pernah merancang untuk bertemu, namun ketetapan Allah swt mengatasi segalanya. Sepanjang kita bersama di bumi wakafan ini terlalu banyak ilmu dan pengalaman yang diperolehi. Ana pasti ‘pertemuan’ sesama kita banyak membantu kita dalam memahami tujuaan utama kehidupan kita di muka bumi ini. Perlu diingatkan juga semua ini sebagai persediaan kita dalam menghadapi ancaman musuh dalam dan luar.

Sahabat-sahabat yang dikasihi,

Ana bersyukur kerana Allah swt mengizinkan untuk ana menyiapkan makalah yang tidak seberapa ini. Inilah hasil yang terdaya ana lakukan. Anggaplah makalah ini sebagai hadiah daripada ana. Inilah sumbangan yang termampu ana lakukan untuk antunna sekalian. Ana tidak mengharapkan apa-apa ganjaran. Cuma apa yang ana impikan adalah penerusan proses tarbiyah di kalangan kita semua. Maafkan ana di atas kelemahan diri ini.

Kesungguhan ana dalam melakukan perkara sebegini adalah sebagai satu jalan untuk ana sebarkan kefahaman yang ana ada dalam bentuk yang mampu ana sampaikan. Melalui bidang penulisan sebegini, ana yakin antunna lebih mudah memahami fikrah ini. Ana menimba teori tarbiyah dan ana cuba merealisasikannya secara zahir dan berperingkat-peringkat. Sejajar dengan itu, jauh di sudut hati yang kerdil ini ana ingin melihat semua saudara yang ana kasihi sebagai tenaga penggerak dalam menjaga kesucian biah di Materi. Semoga pengisian di dalam makalah ini, sedikit sebanyak mampu memberi manfaat kepada sahabat sekalian.

“Kebenaran hendaklah disertai keberanian”
Abu Dzar Al-Ghifari



Sahabat seperjuangan sekalian,

Kita adalah milik tarbiyah. Penyerahan hati sepenuhnya perlu berlaku dalam proses yang sukar ini. Kita akan bernilai apabila kita bangkit untuk medan ini. Bernilai di sisi Allah swt . Berharga di sisi Islam. Media seruan ini memerlukan tenaga kita, masa dan fikiran kita. Sumbangkanlah.

Kini, tugas kita sudah bermula. Tugas kita memperbaiki diri melalui proses tarbiyah. Tugas kita mencabut akar jahiliyah yang menjalar di dalam masyarakat dari akar umbinya. Inilah prinsip kita. Menentang jahiliyah sepanjang masa. Kita cuba, kita usaha, kita teruskan usaha yang murni ini. Andaikata kita mempunyai sepasang sayap , marilah sama –sama kita terbang mencapai keredhaan Nya.☼


Sahabat –sahabat tercinta ,

Teguhkanlah ……..
Eratkanlah ………..

Tali Ukhuwah Fillah Ini ,

Tekunlah………..
Telitilah……….

Dalam Melaksanakan Amanah Ini

Istiqamahlah…….
Teruskanlah…….

Pada Jalan Yang Sukar Ini


“ Tanpa Ukhuwah , Manusia Akan Musnah.”



Saudara mu,
HambaNYA yang sentiasa memohon segala keampunan dariNYA

“Manusia yang hidup mesti berjuang, kalau tidak dengan senjata berjuanglah dengan pena”
Amir Shakib Arselan

Monday, May 10, 2010

Pelajar UMT meniggal ketika keluar berdakwah

Assalamualaikum Wbt.

Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) arwah telah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.

Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu
. Ikuti cerita selanjutnya dari bapa saudara arwah...Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahajasolat Asar berakhir.

Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memangterasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan
dia seperti masih hidup.

Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketikamenunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.

Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid. Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.

Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan
berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama.Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran
pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester
panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.

Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.

Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? Adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan.

Thursday, April 1, 2010

Akibat Berbuat Maksiat

1-Maksiat Menghalangi Ilmu Pengetahuan
Ilmu adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Namun, kemaksiatan dalam hati dapat menghalangi dan memadamkan cahaya tersebut. Ketika Imam Malik melihat kecerdasan dan daya hafal Imam Syafi’i yang luar biasa, beliau (Imam Malik) berkata, „Aku melihat Allah telah menyiratkan cahaya di hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan maksiat.

2- Maksiat Menghalangi Rezeki
Jika ketakwaan adalah penyebab datangnya rezeki. Maka meninggalkannya berarti menimbulkan kefakiran. „Seorang hamba dicegah dari rezeki akibat dosa yang diperbuatnya" (HR. Ahmad)

3- Maksiat Menimbulkan Jarak Dengan Allah
Diriwayatkan ada seorang laki-laki yang mengeluh kepada seorang arif tentang kesunyian jiwanya. Sang arif berpesan, „Jika kegersangan hatimu akibat dosa-dosa, maka tinggalkanlah (perbuatan dosa itu). Dalam hati kita, tak ada perkara yang lebih pahit daripada kegersangan dosa diatas dosa."

4- Maksiat Menjauhkan Pelakunya dengan Orang Lain
Maksiat menjauhkan pelakunya dari orang lain, terutama dari golongan yang baik. Semakin berat tekanannya, maka semakin jauh pula jaraknya hingga berbagai manfaat dari orang yang baik terhalangi. Kesunyian dan kegersangan ini semakin menguat hingga berpengaruh pada hubungan dengan keluarga, anak-anak dan hati nuraninya sendiri.

Seorang salaf berkata, „Sesungguhnya aku bermaksiat kepada Allah, maka aku lihat pengaruhnya pada perilaku binatang (kendaraan) dan istriku."

5- Maksiat Menyulitkan Urusan

Jika ketakwaan dapat memudahkan segala urusan, maka pelaku maksiat akan menghadapi kesulitan dalam menghadapi segala urusannya. Maksiat Menggelapkan Hati Ketaatan adalah cahaya, sedangkan maksiat adalah gelap gulita.

Ibnu Abbas ra berkata, „Sesungguhnya perbuatan baik itu mendatangkan kecerahan pada wajah dan cahaya pada hati, kekuatan badan dan kecintaan. Sebaliknya, perbuatan buruk itu mengundang ketidakceriaan pada raut muka, kegelapan di dalam kubur dan di hati, kelemahan badan, susutnya rizki dan kebencian makhluk."

6- Maksiat Melemahkan Hati dan Badan

Kekuatan seorang mukmin terpancar dari kekuatan hatinya. Jika hatinya kuat maka kuatlah badannya. Tapi bagi pelaku maksiat, meskipun badannya kuat, sesungguhnya dia sangat lemah jika kekuatan itu sedang dia butuhkan, hingga kekuatan pada dirinya sering menipu dirinya sendiri. Lihatlah bagaimana kekuatan fisik dan hati kaum muslimin yang telah mengalahkan kekuatan fisik bangsa Persia dan Romawi.

7-Maksiat Menghalangi Ketaatan

Orang yang melakukan dosa dan maksiat akan cenderung untuk memutuskan ketaatan. Seperti selayaknya orang yang satu kali makan tetapi mengalami sakit berkepanjangan dan menghalanginya dari memakan makanan lain yang lebih baik.

8- Maksiat Memperpendek Umur dan Menghapus Keberkahan

Pada dasarnya, umur manusia dihitung dari masa hidupnya. Sementara itu tak ada yang namanya hidup kecuali jika kehidupan itu dihabiskan dengan ketaatan, ibadah, cinta dan dzikir kepada Allah serta mementingkan keridhaan-Nya.

9- Maksiat Menumbuhkan Maksiat Lain

Seorang ulama Salaf berkata, bahwa jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal tersebut akan mendorong dia untuk melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya. Dan jika seorang hamba melakukan keburukan, maka dia pun akan cenderung untuk melakukan keburukan yang lain sehingga keburukan itu menjadi kebiasaan bagi si pelaku.

10- Maksiat Mematikan Bisikan Hati Nurani

Maksiat dapat melemahkan hati dari kebaikan dan sebaliknya akan menguatkan kehendak untuk berbuat maksiat yang lain. Maksiat pun dapat memutuskan keinginan untuk bertobat. Inilah yang akan menjadi penyakit hati yang paling besar.

11- Maksiat Menghilangkan Keburukan Maksiat Itu Sendiri dan Memudahkan Dosa

Jika orang sudah biasa berbuat maksiat, maka ia tidak lagi buruk memandang perbuatan itu, sehingga maksiat itu menjadi adat kebiasaan. Ia pun tidak lagi mempunyai rasa malu melakukannya, bahkan memberitakannya kepada orang lain tentang perbuatannya itu. Dosa yang dilakukannya dianggapnya ringan dan kecil. Padahal dosa itu adalah besar di mata Allah swt.

12- Maksiat Warisan Umat Yang Pernah Diazab
Misalnya, homoseksual adalah warisan umat nabi Luth as. Perbuatan curang dengan mengurangi takaran adalah peninggalan kaum Syu’aib as. Kesombongan di muka bumi dan menciptakan berbagai kerusakan adalah milik Fir’aun dan kaumnya. Sedangkan takabur dan congkak merupakan warisan kaum Hud as.

Dengan demikian boleh dikatakan, bahwa pelaku maksiat zaman sekarang adalah kaum yang memakai baju atau mencontoh umat terdahulu yang menjadi musuh Allah swt.


Dalam musnad Imam Ahmad dari Ibmu Umar disebutkan bahwa Rasulullah saw bersabda, „ ... Barang siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk golongannya."


13- Maksiat Menimbulkan Kehinaan dan Mewariskan Kehinadinaan

Kehinaan itu tidak lain adalah akibat perbuatan maksiatnya kepada Allah sehingga Allah pun menghinakannya. „...Dan barang siapa yang dihinakan Allah, maka tidak seorang pun yang memuliakannya. Sesungguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki." (QS. Al-Hajj:18)

Sedangkan kemaksiatan itu akan melahirkan kehinadinaan, karena kemuliaan itu hanya akan muncul dari ketaatan kepada Allah swt. „Barang siapa yang menghendaki kemuliaan, maka bagi Allah lah kemuliaan itu ..." (QS. Al-Faathir:10)

Seorang Salaf pernah berdoa, „Ya Allah, anugerahilah aku kemuliaan melalui ketaatan kepada Mu, dan janganlah Engkau hina dinakan aku karena aku bermaksiat kepada Mu."

14- Maksiat Merusak Akal

Ulama Salaf berkata, bahwa seandainya seseorang itu masih berakal sehat, maka akal sehatnya itulah yang akan mencagahnya dari kemaksiatan kepada Allah. Dia akan berada dalam genggaman Allah, sementara malaikat menyaksikan dan nasihat Al-Qur’an pun mencegahnya, begitu pula dengan nasehat keimanan. Tidaklah seseorang melakukan maksiat kecuali akalnya telah hilang.

15- Maksiat Menutup Hati
Allah berfirman, „Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka." (Al-Muthoffifiin:14)
Imam Hasan mengatakan hal itu sebagai dosa yang berlapis dosa. Ketika dosa dan maksiat telah menumpuk maka hatinya pun telah tertutup.

16- Maksiat Dilaknat Rasulullah saw

Rasulullah saw melaknat perbuatan maksiat seperti mengubah petunjuk jalan, padahal petunjuk jalan itu sangat penting (HR Bukhari), melakukan perbuatan homoseksual (HR Muslim), menyerupai laki-laki bagi wanita dan menyerupai wanita bagi laki-laki, mengadakan praktek suap-manyuap (HR Tarmidzi) dan sebagainya.

17- Maksiat Menghalangi Syafaat Rasul dan Malaikat

kecuali bagi mereka yang bertobat dan kembali ke pada jalan yang lurus, sebagaimana Allah swt berfirman : „(Malaikat-malaikat) yang memikul ‘Arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan) : „Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertobat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang menyla-nyala. Ya Tuhan kami, dan masukkanlah mereka ke dalam surga ‘Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang sholeh diantara bapak-bapak mereka, dan istri-istri mereka, dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan ... „ (QS: Al-Mukmin:7-9)

18- Maksiat Melenyapkan Malu

Malu adalah pangkal kebajikan, jika rasa malu telah hilang, hilangkah seluruh kebaikannya. Rasulullah bersabda : „Malu itu merupakan kebaikan seluruhnya. Jika kamu tidak merasa malu, berbuatlah sesukamu." (HR. Bukhari)

19- Maksiat Meremehkan Allah

Jika seseorang berlaku maksiat, disedari atau tidak, rasa untuk mengagungkan Allah perlahan-lahan lenyap dari hati. Jika perasaan itu masih ada, tentulah ia akan mencegahnya dari berlaku maksiat.

20- Maksiat Memalingkan Perhatian Allah

Allah akan membiarkan orang yang terus-menerus berbuat maksiat berteman dengan syaitan. Allah berfirman : „Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik." (QS. Al-Hasyir:19)

21- Maksiat Melenyapkan Nikmat dan Mendatangkan Azab

Allah berfirman : „Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu)." (QS Asy-Syura:30)

Ali ra berkata : „Tidaklah turun bencana malainkan karena dosa. Dan tidaklah bencana lenyap melainkan karena tobat."

22- Maksiat Memalingkan Istiqamah

Orang yang hidup di dunia ini bagaikan seorang pedagang. Pedagang yang cerdik tentu akan menjual barangnya kepada pembeli yang sanggup membayar dengan harga tinggi. Ialah Allah yang akan membeli barang itu dan dibayarnya dengan kehidupan surga yang abadi. Jika seseorang menjualnya dengan imbalan kehidupan dunia yang fana, ketika itulah ia tertipu.

Sumber : Al-Qur'an & Sunnah „Akibat Berbuat Maksiat" karya Inbul Qayyim Al-Jauziah