Thursday, April 14, 2011

Moga tabah hati tak berbelah bagi…

Bismillahhirrohmanirrohim..

Mengingati dirimu adalah perkara yang membuatkan ku tersenyum namun di sebalik itu, hati sering tertanya apakah ini suatu petanda ikatan hati kita ??

Kerana apa yang telah terjadi memberikan ribuan hikmah yang tersembunyi dan ku melihat dari perspektif yang berbeza, mungkin juga untuk menguji yang sering kita ikrarkan ‘ukhwah itu indah bila tunjangnya kerana ALLAH’, benarkah teman?

Tersedar ku dari lamunan yang panjang, sejauh mana ianya menguji, biarkan hati ini diuji agar ku tahu apa ku hadapi sekarang hanyalah secebis dugaan dari cabaran sebuah perjuangan…masih jauh perjalanan perjuangan ini, masakan hanya kerana ini segalanya akan berubah ?

Terlalu banyak yang terjadi…subhanallah…ILAHI, tunjukkan jalan keluar dari kekusutan ini, ku dambakan ukhwah yang indah, tenangnya hati ini menghadapi segalanya…saya boleh tersenyum dengan segalanya namun seringkali hati menangis..apakah layak menerima tarbiyah sedemikian?

Masih banyak kekurangan dan kelemahan diri, maafkanlah…berterusan ku membina kekuatan…dengan hati disandarkan pada ILAHI…hanya satu pintaku…agar apa yang terjadi ini ditunjukkan jalan keluar…terimalah sekadarnya dan perbetulkanlah, duhai hati, tegarlah membina tarbiyah Islam…moga ALLAH tunjukkan jalan kebenaran, tunjukkan yang benar dan sebenarnya untukku…

Bukanlah itu prinsip saya, mempermainkan dan mengecewakan serta melukai…andai tiada cinta ILAHI, masakan ianya akan berkilau tanpa digilap?

Tiada ILAH selain ALLAH, MUHAMMAD itu pesuruh ALLAH…

Kerana kasih sayang ini tulus ikhlas insyaAllah kerana ALLAH, telah lama saya mendidik hati ini untuk bersabar, belajar dan mengajarnya untuk bersabar dengan sabar yang indah…menanti sebuah kepastian yang belum tentu…tetapi itu adalah sebuah janji yang saya yakin ALLAH takkan mengecewakan hambaNya yang sentiasa memohon kepadaNya…kerana itu, insyaAllah saya akan terus kukuh dengan pendirian saya dengan bantuan ALLAH untuk memandu hati saya dalam sebuah perjalanan ini, agar sekiranya tersungkur di tengah jalan, saya mampu bangkit…tiada ertinya perjuangan tanpa diuji…

Setulus doa dan harapan saya agar mewarisi ketabahan dan keikhlasan Siti Sarah, isteri Nabi Ibrahim…kecerdikan Aisyah Al-Humaira, isteri yang berjaya menambat hati Kekasih Allah…kerana itulah keperibadian yang telah lama diserapkan dalam diri sejak lahir ke dunia ini…melalui bait muslim dan biah solehah sepanjang 22 tahun pengembaraan saya di dunia fana ini…biarlah ianya mengajar erti kehidupan ini, melihat dunia dalam perspektif seorang hamba yang tidak mempunyai apa-apa kecuali pergantungan kepadaNya…

Setiap sesuatu perkara yang saya lalui, yang Allah rancangkan untuk saya, membawa mesej yang tersendiri. Biar sekecil perkara, seenteng peristiwa, mungkin manis bermadu atau pahit menolak anak tekak, saya mahu cari maksudnya, dan mengupas bahagia yang tersurat mahupun tersirat.

Dan doaku, moga ditemui keperibadian muslim sejati…jazakillah khoiron kathiro doa untuk saya…insyaAllah doakan saya terus mencari keperibadian muslimah sejati…

Moga ianya adil … insyaAllah… bi iznillah ya ILAHI

Kudambakan cinta ILAHI, redhaNYA kujejaki…

Tuesday, April 12, 2011

Ukhuwwah itu Indah..^_^



~"Yang aku mahu dengan Ukhuwwah itu ialah hati-hati dan ruh-ruh diikat dengan ikatan Aqidah. Aqidah adalah ikatan yang paling kuat dan mahal. Ukhuwwah adalah adik beradik kepada Iman, sedang perpecahan adalah adik kepada Kekufuran. Kekuatan pertama ialah kekuatan Kesatuan. Tidak ada kesatuan tanpa kasih sayang. Minima kasih sayang ialah berlapang dada. Maksima kasih sayang ialah Ithar (mengutamakan seseorang melebihi diri sendiri)

“Sesiapa yang selamat dari kebakhilan diri sendiri, mereka orang-orang yang berjaya” (Al-Hasyr).

Seorang ukhti yang jujur (dalam Ukhuwwahnya) melihat akhwatnya lebih utama pada dirinya dari dirinya. Ini adalah kerana sekiranya dia tidak bersama mereka, dia tidak akan dapat bersama selain mereka. Sedang mereka pula, jika tidak bersama dia, mereka bersama selain dia. Hanyasanya serigala memakan kambing yang bersendirian.

“Orang mukmin dengan mukmin yang lain seperti sebuah binaan yang saling kuat menguat antara satu sama lain” (Hadis). “Orang-orang beriman lelaki dan perempuan adalah wali (penolong) diantara satu sama lain” (Al-Quran). Beginilah kita sepatutnya.~

[Imam Hasan Al-Banna]

P/S ; Maafkan aku sahabatku...

Sunday, April 10, 2011

Ya Allah aku perlukan kekuatan itu

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Wahai Khaliqku yg Maha Kuasa ,
Aku mohon kepadaMu kekuatan,
Untuk menghadapi ujianMu
Menanti suatu kepastian,
Yg aku sendiri tidak pasti akan natijahnya,

Ya Allah Kuatkanlah aku,
Kerana aku terlalu lemah,
Jangan ya Allah kau biarkan aku tewas,
Kuatkanlah hatiku menempuhinya,

Jujur aku katakan ya Allah,
Aku terlalu takut,
Takut dengan kenyataan,
Yang aku sangsi akibatnya,
Yg menakutkan atau menenangkan,

Ya Allah,
Kiranya diri ini lupa akan dirimu,
Ingatkanlah aku ya Allah,
Jika aku menangis kau usapkanlah,
Air mata tangis ku,
Kerana aku tak mampu lakukanya sendiri.

Ya Allah,
Bantulah aku,
Aku tiada lagi tempat bergantung,
Hanya Kau yg berkuasa,
Kau jualah yg mengetahui segalanya,
Kau jualah yg memegang hidup dan ajalku.
Aku merayu Ya Allah,
Jadikanlah kesudahan yg terbaik bg umurku,

Wallahua’lam

Ya Allah

Sejak akhir2 ni..
aku rasa macam...
semuanya, serba tak kena..
entah kenapa??..
aku lebih suka bersendirian sekarang..
walaupun luaranku nampak gembira..
tapi hakikatnya....
hanya Tuhan yang tahu...
perasaan sedih selalu membelenggu diri..
usah ditanya kenapa dan mengapa...
Ya Allah..
kuatkanlah hambaMu ini dalam menempuhi dugaan dariMu..
tingkatkan kesabaranku...
terimalah taubatku...
kenapa aku selalu bersedih??
Ya Allah..
bantulah hambaMu..
terus tegar..
menghadapi ujianMu..
Di kala ini..
aku merasa kesepian walaupun teman2 di sisi..
entah kenapa..
aku rasa diriku semakin lemah dan lemah..
namun aku akan terus ceria..
tertawa seperti orang lain..
agar diriku tak terasa sedih yang amat sangat..
Ya Allah..
aku tak sanggup..
bila melihat dan berhadapan orang2 yang ku sayang..
bimbang kalau mereka bersedih keranaku..
Ya Allah..
kuatkanlah aku dan gagahi diriku Ya Allah Ya Rabbi..
aku tak mampu menanggung ujian dariMu...

Friday, March 18, 2011

Sakit tulang belakang sakit saraf serta lumpuh - Sokongan dan harapan

Bismillahhirrohmanirrohim..

Hari ni saya luangkan masa membaca artikel berkenaan dengan sakit saraf, lumpuh dan sakit tulang belakang. Sakit tulang belakang mampu mengakibat kan lumpuh secara kekal atau pun sementara. Saya masih lagi tak berapa faham macam mane kategori sakit tulang belakang dan sakit saraf ni?? Semalam hari pertama saya menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu Darul Iman. Rawatan X-ray dan regangan kalau tak silap. Seperti kata doktor sakit tulang belakang dan sakit saraf mengambil masa yang lama untuk pulih. Mungkin makan masa bertahun2.


Sumber gambar

Bila orang tanya, awak sakit ape? saya cuma boleh cakap tak boleh bangun dari katil, tak mampu angkat kaki dan sakit saraf. Sekarang memang boleh jalan, dari jauh nampak sihat tapi mengalami pergerakan yang terhad.

Kalau la perjalanan hidup macam perjalanan keretapi, lancar je.. ya ALLAH hamba redha dgn ketetapanMU.. biarlah org sekeliling x memahami skt hamba, tp engkau memahami betapa sakitnya hamba.. kuatkan kesabaran hamba ya ALLAH.

Antara masalah2 pesakit saraf dan tulang belakang ni.
1. Pergerakan yang terhad
2. Orang sekeliling krg memahami
3. Kesan psikologi dengan 2 perkara di atas

Antara perkara yang diperlukan oleh pesakit saraf seperti:
1. Sokongan dari keluarga, saudara mara serta orang tersayang. Cuba tingkat kan pengetahuan asas dalam memberi sokongan pesakit saraf seperti membaca. Mengenal pasti kehendak pesakit. Contohnya pesakit ingin mencapai buku, sebelum pesakit meminta bantuan hulurkan buku, kita dah hulurkan. ha macam tu la.
2. Sentiasa memberi harapan kepada pesakit. Biasanya pesakit akan sentiasa rasa hilang semangat dan sentiasa berfikiran negative. Orang sekeliling harus memberi kata2 semangat serta harapan positif kepada pesakit. Biarkan ruang pesakit mencari makna kehidupan sendiri.
3. Mengurang berat badan bagi menampung badan dengan pergerakan yang terhad.
4. Melakukan rehabilitasi dan senaman ringan seperti berjalan2. ini kerana bila pergerakan yang terhad akan menjadi kan otot badan menjadi lemah. Rehabilitasi atau senaman ringan mampu menambah kekuatan otot.
5. Menggalak kan pesakit untuk meluahkan perasaan. Antara cara paling mudah ialah dengan menulis.

Petua Mencegah sakit tulang belakang:
1. Amalkan postur yang baik dengan memastikan bahagian belakang anda tegak.
2. Gunakan kerusi yang dapat menyokong belakang anda dengan baik.
3. Tidur atas tilam yang sesuai (tidak terlalu lembut) dan elakkan berbaring dengan muka ke bawah.
4. Elakkan daripada duduk, berdiri atau membongkok terlalu lama.
5. Jangan mengangkat beban yang berat dengan membongkok.
6. Lakukan senaman terutama senaman yang dapat menguatkan otot abdomen dan belakang.
7. Jika berat anda meningkat, berusahalah untuk mengurangkannya bagi meringankan beban kepada tulang belakang.
8. Elakkan memakai kasut bertumit tinggi.

Boleh juga baca artikel2 berkaitan sakit saraf dan tulang belakang
- Sokongan keluarga bantu pesakit kronik
- Fahami Pemulihan Pesakit
- Kerosakan pada saraf tunjang boleh sebabkan lumpuh
- Baik pulih anggota
- Sakit Belakang
- Pengaruh Saraf Tulang Belakang dan Gejalanya pada Organ Tubuh

Semoga semua orang tabah dalam menghadapi dugaan masing2.

Monday, March 14, 2011

Renungan Bersama



Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya
.
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.

Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah

Kalau semua nak tahu ...

si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah.
2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah...

teringat murabbiyah.. alkisah ni, dicerita oleh murabbiyah ana, hehehe =)

sedikit santapan rohani..

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

Thursday, March 10, 2011

Kita adalah manusia...

Bismillahhiwalhamdulillah..



Antara realiti dan khayalan? kita berdiri di tengah-tengah. kadangkala kita terlalu condong ke salah satu. so jaga-jaga agar kita kembali semula ke tengah-tengahnya.

Dalam dakwah juga begitu. Da’i adalah satu part dari manusia. Ia mempunyai perasaan dan naluri yang perlu di jagai. Naluri mad’u perlu di fahami oleh da’i. Naluri mutarabbi perlu diambil kira oleh murabbi. Jika tidak, kita telah mengenepikan sunnatullah.

Begitu juga ketika kita memasuki alam baru. Kita mesti memahami naluri orang lain yang menjadi teman kita. Jika kita selalu dialam khayalan (x alert dgn real situation), hubungan kita tidak akan kekal lama. Hubungan kita akan menjadi kasar, kering dan seperti robot.

Sebagaimana kita tidak mahu program dan ukhuwwah dalam dakwah kita menjadi kering, kasar dan tidak disaluti oleh perasaan manusiawi, maka begitu juga hubungan kekeluargaan/famili. Ia mesti memenuhi sifat yang sama. KERANA KITA ADALAH MANUSIA.

Ketika Nabi saw menangis bila kematian Ibrahim (anak baginda saw dari Mariah), sahabat bertanya dan pelik. Penjelasan Nabi saw mengajar para sahabat bahawa walaupun Baginda telah berada di maqam tinggi di sisi Allah, namum Baginda saw tetap juga seorang manusia.

Siapa yang membaca sirah bagaimana Nabi saw di rumah bersama anak-anak, cucu dan isteri Baginda saw, nescaya akan dapat merasai betapa ‘manusia’nya ar-Rasul saw ini.

Oleh itu, kita harus mengerti bahawa hidup ini memang sepatutnya dipenuhi dengan dakwah dan jihad sepanjang hayat, tahun, minggu, hari dan detik nadi…. TETAPI dalam masa sama da’i juga adalah manusia yang perlu mengisi ruang-ruang yang ada dalam dirinya sebagai manusia, suami, isteri, kawan, anak, ayah dll hubungan manusiawi….

Moga hidup akan menjadikan kita lebih matang dengan dakwah, dan bukannya menjadikan dakwah adalah satu bebanan dan tekanan umpama ikan yang hidup di luar air.

wallahhua'lam.. hanya perkongsian semata2

Sunday, March 6, 2011

REDHA dilanda masalah..



Dengan Nama ALLAH yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah segala puji-pujian kehadrat ilahi, selawat serta salam ke atas junjungan mulia Rasulullah SAW, para ahlul bait, para sahabat-sahabiah, tabi'in, tabi'-tabi'in serta umat islam yg masih lg tsabat di jalan ALLAH dlm memperjuangkan kalimat suci "laailahaillallah muhammadurrasulullah" sehingga hari kiamat.. insyaALLAH

setelah bermuhasabah ke atas ujian yg ALLAH berikan pd ana, dengan sifat ALLAH yg Maha Pengasih dan Penyayang ke atas hambaNYA, ana dpt menempuhi mehnah di dunia ini dgn izin ALLAH.. yakin akn pertolongan dr ALLAH.. sabar, sabar dan sabar.. seperti msg yg ana terima drp sahabat yg ana kasihi kerana ALLAH.. pd suatu petang, ana terima 1 msg yg sgt persis dgn kondisi hati ana ketika itu..

"Aku minta dr ALLAH setangkai bunga segar,
DIA beri aku kaktus berduri.
Aku minta rama2,
DIA beri aku ulat..
Tp aku tetap bersabar..
Namun tdk lama kemudian,
kaktus tadi berbunga indah sekali,
dan ulat itu menjadi rama2 yg cantik,
begitulah cara ALLAH mengasihi kita,
selalu indah pd waktunya."

~sabar MEMANG pahit, tp HASILNYA manis~
jazakillah ya ukhti mahabbah..

ana fikir, hari ini berapa orang di antara kita redha dengan masalah yang menimpa dirinya? Cuma sedikit, kerana ramai yang menyumpah-nyumpah, mengeluh bahkan menyalahkah ALLAH kerana membebankan masalah. Tak habis satu masalah, datang lagi satu masalah. Redha dilanda masalah akan menjadikan kita insan bersemangat tinggi.

Kita akan bersemangat tinggi apabila ada khendak untuk keluar dari masalah. Usahlah sakit hati diberikan masalah yang tak pernah kita minta. Doalah sebanyak mungkin, selain rajinkan diri berusaha menyelesaikan masalah. Akhirannya, kita akan berubah menjadi orang berhati tabah, bermotivasi serta befikiran positif. wallahhua'lam

p/s: sekadar perkongsian drp pengalaman hidup yg ALLAH anugerahkan pd ana.. tetap berkongsi w/pn diri ini masih lagi bertateh untuk menuju jln ketaqwaan kpd Sang Maha Pencipta..