Thursday, July 1, 2010

Azan bErkUmanDang...

Dengan nama ALLAH yg Maha PENGASIH lagi Maha PENYAYANG..
alhamdulillah wa syukurillah ku rafatkan setinggi-setingginya ke hadrat ilahi, Tuhan yg menguasai seluruh kerajaan langit dan bumi..
insyaALLAH sedikit santapan rohani buat diriku terutama sekali dan dikongsi bersama ukhwatifillah rahimahullah..




Kematian itu pasti menjelma.
Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.
Cuba kita amati.
Mengapa kebanyakan orang yg nazak,
hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa..
lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan dari sebuah hadis yg bermaksud:
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya"

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam, kita wajib menghormati azan kerana banyak fadhilatnya.

Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?

Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Sekiranya lidah kita kelu semasa ajal hampir tiba, maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratulmaut
menghampiri kami.
Amin.. amin.. amin
Yarabbal a'lamin.."

Monday, June 28, 2010

Adakah AKU Ikhlas??

Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah wa syukurilah kehadrat ALLAH swt yang tiada ilah berhak disembah kecuali hanya tunduk dan patuh pada-NYA..



Kita semua sedia maklum bahawa keikhlasan itu menjadi syarat yang paling utama bagi setiap amalan kita, agar diterima oleh Allah swt.. ini kerana kita inginkan amalan kitalah yang bakal menjelma sebagai makhluk yang indah bila kita di dalam alam barzakh nanti, kita berharap agar amalan kitalah yang dapat membela kita pada hari pembalasan kelak.

Sudah tentu, niat pada permulaan kita membuat sesuatu, hinggalah ke akhirnya perlulah hanya kerana Allah semata-mata. Tidak kira amalan itu menyentuh perkara peribadi mahupun dalam kehidupan berdakwah. Namun, ibarat kita hendak mengenal samada kita sudah terkena penyakit 'chicken pox' dsbnya, ada tanda-tanda yang dapat menolong kita memastikan adakah benar kita ini ikhlas.

Antaranya :-
1. Kita takutkan sanjungan dan pujian manusia.
2. Kita tidak berasa hati apabila usaha dikritik oleh manusia.
3. Kita tidak berasa bangga bila dipuji.
4. Kita sentiasa menganggap diri cuai dalam ibadah akibat sikap taajub akan diri sendiri.
5. Tidak malas, lembab dan ketinggalan dalam kesusahan.
6. Tidak jemu dalam berusaha mengajak orang kepada Islam.
7. Tidak menjauhkan diri dari jemaah walau dicaci manusia.
8. Di dalam organisasi/jemaah, tidak teringin menjadi ketua tetapi tetap bekerja dan menyumbang.
9. Menjadi pemimpin atau pengikut, mana satu tidak menjadi hal.
10. Tidak marah malah gembira, bila muncul seorang yang baru menjadi ketua (namun bukan bermaksud tanggungjawabnya sendiri berkurang, kerana amanah bukan dari manusia tetapi dari Allah)

Begitulah antara perkara-perkara yang perlu kita perhatikan. Ini hanyalah panduan sahaja sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan amalan diri kita sendiri bersih dari sifat riak, taajub, takabbur dan seumpamanya. Pekerjaan yang zahirnya baik, tetapi jika diselimuti oleh segala sifat yang batil tersebut, maka sia-sialah di sisi Allah swt. Hatta mereka yang berperang di saff hadapan dan mati di medan peperangan. Walau bagaimanapun, atas kelemahan manusia, tidak layak sebenarnya untuk menilai atau menghukum orang lain ikhlas ataupun tidak.

Dalam satu kata-kata ulamak, ada ulamak yang mengatakan untuk membayangkan ikhlasnya seseorang itu seperti seekor semut yang hitam yang berjalan diatas batu yang hitam pada waktu malam ( yg pekat legam ). Betapa besarnya hati manusia itu, apa bila merasakan hatinya itu ikhlas terhadap Allah ta'ala.

Perlu diingatkan juga, dalam satu hadith Nabi saw telah bersabda "3 golongan yang tidak diterima Allah Ta'ala untuk masuk ke syurga, kemudian ditanya kepada nabi apakah golongan itu, maka nabi menjawab
1. Orang-orang kaya menginfaqkan ( sedekah ) sebahagian hartanya di jalan allah, tetapi tidak ikhlas.
2. Orang-orang yang berjihad di jalan Allah, mahupun perang atau sebagainya.
3. Orang-orang alim ulamak yang menyampaikan ilmu itu tetapi tidak ikhlas kerana Allah ta'ala"

Jadi sahabat dan sahabiah yang dirahamti Allah sekalian, kita renungkan betapa besar ikhlas itu perlu wujud pada hati kita. Syaitan sentiasa merasuk diri kita supaya mengkianati Allah Ta'ala. oleh itu sentiasalah menyucikan jiwa kita dari perasaan hasad dan dengki serta riak yang membinasakan diri di akhirat kelak.
Kita hanya boleh melihat yang zahir sahaja. Allah swt yang Maha Mengetahui dan hanya Allah swt sahajalah yang berhak membalas segala amalan. Samada amalan yang baik atau sebaliknya.

Sama-samalah kita berdoa:

Wahai Tuhan kami!
Perbaikilah hati kami,
hapuskanlah cacat cela kami,
pimpinlah kami ke arah kebaikan,
hiasilah kami dengan taqwa,
kurniakanlah kepada kami
taat setia kepadaMu
sepanjang hidup kami.
Tuhan kami! Jadilah kami ikhlas kepadaMu,
syukur kepadaMu,
bertawakkal kepadaMu,
taubat kepadaMu,
khusyuk kepadaMu.
Wahai Tuhan kami!
Sesungguhnya kami mohon kepadaMu
ketetapan di dalam urusan ini
keazaman di dalam hidayah
tolonglah kami mengingat Engkau
menyebut namaMu
mensyukuri Engkau
baik ibadat kepadaMu.

Sunday, June 27, 2010

10 Jenis Sembahyang Yang Tidak Diterima Allah s.w.t

Salam buat semua muslimin dan muslimat di seluruh pelosok dunia..
Assalamualaikum wbt...



Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi dapat menarik dan menghembus setiap helaan nafas dalam nikmat-Nya yang paling agung yakni nikmat islam, iman dan tarbiyah.. InsyaALLAH, semalam saya ada terbaca e-book berkaitan 10 jenis sembahyang yg tak diterima ALLAH S.W.T.. dengan izin Allah, saya igin berkongsi dengan sahabat yang dirahmati ALLAH S.W.T tentang apa point yg saya dapat..

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya".

Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud: "10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:-

1.Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2.Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3.Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).
4.Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum
membencinya.
5.Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.
6.Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.
7.Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.
8.Orang perempuan yang tidak menutup aurat.
9.Orang yang suka makan riba.
10.Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji
dan mungkar.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah SWT dan jauh dari Allah SWT."

Saya berpesan kepada diri saya terlebih dahulu dan kepada semua sahabat dirahmati Allah swt, moga kita sentiasa memohon keampunan kepada ALLAH agar dibersihkan hati dan dikurniakn akhlak yg mulia sepertimana akhlak yg dimiliki oleh para kekasih-Nya.. Perbaikilah solat dan raihlah nikamt khusyuk ketika solat..
Wallahua'lam..

Ya ALLAH kurniakanlah keredhoan, kerahmatan, dan keberkahan dari sisi-Mu kepada kami, dan janganlah Engkau hina kami disebabkan dosa yg kami lakukan sepanjang hdup kami.. ampunkanlah kami, terimalah taubat kami.. amin ya rabbal a'lamin

Friday, June 25, 2010

Kecil Hati dengan Allah

Dengan Nama ALLAH Yg Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang...

Salam semua, ni ada sedikit nukilan yang diemelkan oleh sahabat ana untuk tatapan semua.. selamat membaca.. sharing is caring =)



Ya ALLAH, sesungguhnya kami memohon kepadaMU akan keredhaanMU serta syurgaMU..
Dan kami berlindung denganMU dari kemurkaanMU dan api neraka..

"Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati"

I'm so confused..

Kenapa orang kecil kan hati kita, kita pulak yg berdosa?
Then I asked my dad what's that mean.

[phm kan betul2]


Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa.
Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa.
Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.

Anak: uiikk.. tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa2 pun?

Ayah: Kerana orang yg menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.

Anak: *blur

Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dri Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yg dh leka dengan dunia.
Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.

Anak: Ooooooo... ook....

Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan2 kita. "Dia dh banyak buat aku mcm ni, mcm tu..." dn sebagainya. Dan kawan2 kita pula akan cerita pada kwn2 lain. "Kesian kwn kita tu.. budak tu dh byk sakitkan hati dia,....." jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.

Anak: *termakan cili

So, the conclusion is.. jangan mudah terasa hati..
Maknanya kita tak redha dengan Allah..
Nanti Allah pun tak redha dengan kita.. Na'uzubillah.

Ana mintak maaf sgt2 kat orang yg dh buat ana kecik hati.. tak sedar pasal kenyataan ni..

Tuhan, maafkan hamba2 yg khilaf ini...

Jangan Engkau jauhkan kami dari redha dan cintaMU ya Rabbii..

Ajarkan kami akhlak para Nabi-nabi..

Bantulah kami melawan nafsu jahat yg sudah sebati dalam diri ini...

Hindarkan kami dari kafir dan yahudi..

Maafkan kami Tuhan.. Musuh2MU seringkali menjadi idola kami tanpa kami sedari..

Atau mungkin kami sedar, tapi kami lebih memilih nafsu dari Engkau, ya ALLAH..

Maafkan kami, Tuhan.. kami sering meniru budaya org2 yg menyekutukan Engkau..

Kami hamba yg tidak mengenang budi, ya ALLAH.. kami menzalimi diri sendiri..

Pimpinlah kami yg tak layak ke jannahMU ini..

Tuhan, jauhkan kami dari jahannamMU yg menjulang tinggi..

Kuatkanlah ikatan persaudaraan dn kasih sayang antara kami..

Pimpinlah kami melalui jalan suram di dunia ini..

Berikan kami cahaya...

Kuatkan hati kami... ya Ilahi...

Aminn.. ya Rabbal 'Alamin..

Thursday, June 24, 2010

kekasih ALLAH...

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.

Pagi itu,Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah,

"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh kasih sayang, menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu,hampir selesai menunaikan tugasnya didunia.

Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya.

Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"

"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,"kata Rasulullah,

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.


"Wahai Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas....Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Wahai Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh.

Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah engkau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

"Wahai Rasulullah, Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanukum" "Peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu...................

KINI ........ MAMPUKAH KITA MENCINTAI SEPERTI BAGINDA ?

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Wahai sahabat seperjuangan ku ....

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Cinta Allah dan Rasulullah SAW cinta yang hakiki yang kekal abadi. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka ......

Wednesday, June 23, 2010

Ohh DUNIA...

Era ini, ramai yang berbicara tentang soal politik, soal fikrah, soal cinta, soal kaya raya, soal harta, soal dakwah dan macam-macam soal. Jarang-jarang kita mendengar bicara tentang kebesaran ALLAH, kehebatan Al-Quran, Ke"AJAIBAN" Alam, Kenabian Nabi Muhammad S.A.W, hingga kekalutan ini mencairkan minda kita masih berada pada "takuk yang lama". Percaya atau tidak?? Inilah hakikat sebenar. Toleh kanan, pasti cerita pasal fesyen, toleh kiri, cerita pasal "pasangan", toleh depan cerita soal "subjek2". Dan jarang-jarang bercerita betapa ALAM ini indah atas HEBATANYA TUHAN PENCIPTA ALAM. Betapa ramai dari kita masih mencari-cari "siapa sebenarnya tuhan yang esa".



Ramai manusia yang masih tercari-cari akan hakikat kehidupan. Sedang seharian hidup kita adalah untuk mencari identiti diri kita, siapa sebenarnya kita? Kita mahu menjadi apa? sejak kecil lagi kita ditanya oleh ibu-bapa dan guru kita, "Apakah cita-cita kamu?".. Itu sebenarnya satu refleksi pada diri sendiri untuk berfikir. Apakah cita-cita sebenar diri ini? Di sekeliling sahabat-sahabat banyak bercerita tentang kerjaya-kerjaya, yakni kerjaya sebagai Doktor, sebagai Engineer, sebagai Cikgu dan sebagainya. Namun, berapa ramaikah di antara kita berbicara tentang kerjaya sebagai seorang "Da'ei"? Menceritakan tentang kelebihan menjadi orang yang menyampaikan risalah Tauhid? Menceritakan tentang keagungan ALLAH S.W.T? Hari ini ramai yang lebih suka menulis prinsip hidup, cerita kehidupan seharian, coretan kisah sedih, serta coretan pengembaraan alam.


Kata Dr. Donald Malek, "Are you playing around or are you giving the truth?"

Benarlah kata Dr Donald Malek, kerana ramai orang-orang Islam hanyalah tahu untuk bersuka ria, bercerita kosong, bermain-main hingga lupa tanggung jawab sebagai seorang Islam yang seharusnya menyampaikan Risalah Tauhid ini.


Daripada lbnu 'Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad utusan Allah, sehingga mereka mendirikan solat dan membayar zakat. Apabila mereka telah berbuat demikian, maka mereka telah memelihara darah mereka dan harta mereka daripada
aku, melainkan dengan hak lslam, dan hisab perhitungan amal mereka terserah kepada Allah Ta'ala.
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)

Ayuh, sertai Misi Dakwah!! Berapa ramai yang masih dalam keraguan. Mencari-cari identiti diri, "siapakah aku?" mencari Tuhanya, "Siapakah tuhanku?" Walhal, telah terang-terangan, kita ini tidak lain tidak bukan, hanyalah manusia. Yang dihidupkan dan Yang dimatikan. Lalu dibangkitkan kembali di padang masyhar untuk dihisab atas perbuatan semasa hidup. Tidak akan terlepas walaupun sebesar zarah atas segala kezaliman dan kemungkaran. Tidak terbiarpun walaupun sebesar zarah atas segala kebaikan dan keikhlasan. Sesungguhnya ALLAH itu maha Adil. Lihat sahaja ALam, keadilan ALLAH yang terserlah. Acuan alam yang cukup sempurna. Perlihatkan sahaja batu dan air. Batu gagah perkasa, keras dan kuat. Sedangkan air lembut dan tenang. Mudah diwapkan dengan haba. Tapi tetap mampu melekukkan batu. Itulah halwa keadilan ALLAH. Setiap ciri-ciri ada kebaikan dan keuntungan. Namun, tetap ramai tak mengenali ALLAH itu maha adil. Lantas, mengabaikan suruhannya, ragu dalam melaksanakan suruhannya. Adakah kita masih mampu bersikap ANGKUH terhadap ALLAH AZZAWAJALLA.. wallahua'lam

Tuesday, June 22, 2010

Usahakanlah untuk akhiratmu. Dunia akan berlari kepadamu



Hidup adalah modal kehidupan yang abadi.Berbahagialah bagi mereka yang hidupnya hanya berbakti dan berbudi tulus ikhlas hanya untuk Ilahi,tuhan semesta maya pada ini. Tidak terkira banyaknya nikmat yang Allah swt telah kurniakan kepada sang hamba. Bermula dari sekecil-kecil nikmat sehinggalah sebesar-besar nikmat kurniaan, sedikit pun DIA tidak minta dibalas.Cukuplah sekadar memanjatkan rasa syukur kepadaNya dengan segala bentuk manisfetasi kehidupan samaada melalui perkataan, perbuatan serta tingkah laku kita seharian. Maha suci Engkau wahai tuhan yang maha Agung lagi maha Mulia.

Makhluk yang bernama manusia sering kali terlupa. Bila lupa,leka dengan dunia.Dirasanya dunia ini adalah segala-galanya. Hidup sehari-hari hanya mencari harta benda. Fikiran dan daya usaha sepenuhnya tertumpu pada kenikmatan yang sementara.Pernah Saidina Ali ra. berkata:


"Seseorang yang setiap hari hanya memikirkan tentang soal isi perutnya
sahaja, dirinya tidak ubah seperti apa yang keluar dari perutnya"


Dasyat perumpamaan yang Saidina Ali ra berikan kepada golongan yang leka dengan kehidupan dunia. Moga diri ini dan kita semua tidak tergolong dikalangan apa yang dimaksudkan oleh beliau.

Kita manusia yang dikurniakan nafsu tidak dapat tidak akan berlaku lalai terhadap tanggungjawab sebenar kita di dunia fana ini.Itu hakikat diri insan yang dikurnikan nafsu. Namun, untuk selamat di kehidupan yang akan datang kita perlu melakukan sesuatu dari sekarang.Usaha dan tindakan harus dikerahkan.Sepertimana bila kita hendak mengecapi sesuatu kejayaan didunia,kita akan meletakkan matlamat yang jelas,perancangan yang jitu dan yang paling penting kesungguhan untuk melaksanakan segala apa yang dirancang maka kejayaan pasti akan menjelma.

Begitu jugalah usaha kita terhadap akhirat.Kehidupan akhirat adalah pasti dan kekal abadi.Dua sahaja persimpangan buat kita samaada syurga atau neraka.Beruntung bagi yang berjaya meraih syurga. Sungguh dia telah mendapat kemenangan yang besar dari tuhannya. Dan amat rugilah bagi yang tercampak ke lembah neraka. Keperitan dan kesengsaraan di dalamnya walaupun seketika tak mampu digambarkan oleh akal dan minda kita.Naudzubillah. Kita perlu mula dari sekarang. Kerahkan usaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki mutu ibadah kita. Jika selama ini kualiti solat kita masih sama dengan solat ketika kita belum baligh, maka perbaikilah. Tingkatkan keiltizaman kita untuk sentiasa menunutut ilmu fardhu ain disamping tidak mengabaikan ilmu fardhu kifayah. Percayalah, bila kita ikhlas berusaha untuk akhirat kita maka dunia akan datang bergolek kepada kita sepertimana yang berlaku pada Rasullullah Saw dan para sahabat ra yang mulia.Wallahualam.

Monday, June 21, 2010

Kaifa haluk ya nafsy?

Assalamua'laikum WBT...

Alhamdulillah wa syukurilah masih diberi kesegaran jiwa dan kekuatan fizikal untuk terus berkongsi dengan saudara yang dirahmati ALLAH SWT.. hayatilah dengan jiwa kita, moga dengan izin ALLAH menusuk QOLBU kita...

Apa khabar wahai diriku?

Apa warna mu hari ini?

Sudah lama aku tak memperdulikan keadaan dirimu

Masih kah dirimu seperti dahulu?

Masih kah Allah menjadi kecintaan utamamu?

Masih kah nikmat iman menyertaimu?

Apa khabar wahai diriku?
Rindu rasanya
aku ingin merasakan lazatnya saat
melihat mu menangis saat mengingat
maksiat-maksiat yang mengiringi hari-hari mu.

Apa khabar wahai diriku?
Bagaimana amal-amal mu kemarin?
Apakah masih sama seperti hari ini?
Apakah kau menjadi diri yang puas dengan
prestasi amal mu yang tak pernah meningkat?

Wahai hatiku . . .
bagai mana dengan mu?

Apakah kau masih sibuk dengan
impian-impian dunia dan melalaikan bekal
akhiratmu?
Berapa banyak bahasa Allah yang kau baca hari ini?

Atau bahasa manusia menyempitkan
perkataan mu hingga kau terlena?

Apa khabar wahai diriku? Berapa amanah
yang kau sia siakan hari ini?

Wahai diriku.apa yang memberatkan
langkah mu?

Apa yang menghalangimu untuk menambah
imanmu?

Wahai diriku, betapa kau menjadi manusia
yang angkuh.betapa dirimu selalu hanyut
dalam tidur malammu yang panjang tanpa
pernah menemui Rabb mu.

Wahai diriku yang bahkan tak sanggup
melawan panasnya api dunia,

Apakah panasnya jahannam sanggup kau
tahan wahai diriku?

Apa yang membuat hati mu begitu mudah
dikotori?

Apa yang membuat lidahmu begitu menyakiti?

Apa yang menghalangimu mendapatkan cinta
Allah?

Wahai diriku . . .
cinta mana yang kau kejar?

Wahai diriku, kebahagiaan mana yang
kekal untukmu?

Wahai diriku yang egois,
wahai diriku yang penuh maksiat,
wahai diriku yang tak pernah bersyukur,
wahai jiwa yang tamak
Tuhan mana yang kau kira memberimu rezeki?

Wahai diriku, syurga tuhan mana yang kau
harapkan?

Apa kau begitu memuja keindahan dunia
yang fana

Wahai diriku yang merasa cukup

Nikmat mana yang telah kau syukuri?

Jawablah wahai diriku

terjawabkah kita???

~~WaRKaH BuaT HAWA~~

Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.

Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki. -Wallah hu alam.. wassalam...