Thursday, April 14, 2011

Moga tabah hati tak berbelah bagi…

Bismillahhirrohmanirrohim..

Mengingati dirimu adalah perkara yang membuatkan ku tersenyum namun di sebalik itu, hati sering tertanya apakah ini suatu petanda ikatan hati kita ??

Kerana apa yang telah terjadi memberikan ribuan hikmah yang tersembunyi dan ku melihat dari perspektif yang berbeza, mungkin juga untuk menguji yang sering kita ikrarkan ‘ukhwah itu indah bila tunjangnya kerana ALLAH’, benarkah teman?

Tersedar ku dari lamunan yang panjang, sejauh mana ianya menguji, biarkan hati ini diuji agar ku tahu apa ku hadapi sekarang hanyalah secebis dugaan dari cabaran sebuah perjuangan…masih jauh perjalanan perjuangan ini, masakan hanya kerana ini segalanya akan berubah ?

Terlalu banyak yang terjadi…subhanallah…ILAHI, tunjukkan jalan keluar dari kekusutan ini, ku dambakan ukhwah yang indah, tenangnya hati ini menghadapi segalanya…saya boleh tersenyum dengan segalanya namun seringkali hati menangis..apakah layak menerima tarbiyah sedemikian?

Masih banyak kekurangan dan kelemahan diri, maafkanlah…berterusan ku membina kekuatan…dengan hati disandarkan pada ILAHI…hanya satu pintaku…agar apa yang terjadi ini ditunjukkan jalan keluar…terimalah sekadarnya dan perbetulkanlah, duhai hati, tegarlah membina tarbiyah Islam…moga ALLAH tunjukkan jalan kebenaran, tunjukkan yang benar dan sebenarnya untukku…

Bukanlah itu prinsip saya, mempermainkan dan mengecewakan serta melukai…andai tiada cinta ILAHI, masakan ianya akan berkilau tanpa digilap?

Tiada ILAH selain ALLAH, MUHAMMAD itu pesuruh ALLAH…

Kerana kasih sayang ini tulus ikhlas insyaAllah kerana ALLAH, telah lama saya mendidik hati ini untuk bersabar, belajar dan mengajarnya untuk bersabar dengan sabar yang indah…menanti sebuah kepastian yang belum tentu…tetapi itu adalah sebuah janji yang saya yakin ALLAH takkan mengecewakan hambaNya yang sentiasa memohon kepadaNya…kerana itu, insyaAllah saya akan terus kukuh dengan pendirian saya dengan bantuan ALLAH untuk memandu hati saya dalam sebuah perjalanan ini, agar sekiranya tersungkur di tengah jalan, saya mampu bangkit…tiada ertinya perjuangan tanpa diuji…

Setulus doa dan harapan saya agar mewarisi ketabahan dan keikhlasan Siti Sarah, isteri Nabi Ibrahim…kecerdikan Aisyah Al-Humaira, isteri yang berjaya menambat hati Kekasih Allah…kerana itulah keperibadian yang telah lama diserapkan dalam diri sejak lahir ke dunia ini…melalui bait muslim dan biah solehah sepanjang 22 tahun pengembaraan saya di dunia fana ini…biarlah ianya mengajar erti kehidupan ini, melihat dunia dalam perspektif seorang hamba yang tidak mempunyai apa-apa kecuali pergantungan kepadaNya…

Setiap sesuatu perkara yang saya lalui, yang Allah rancangkan untuk saya, membawa mesej yang tersendiri. Biar sekecil perkara, seenteng peristiwa, mungkin manis bermadu atau pahit menolak anak tekak, saya mahu cari maksudnya, dan mengupas bahagia yang tersurat mahupun tersirat.

Dan doaku, moga ditemui keperibadian muslim sejati…jazakillah khoiron kathiro doa untuk saya…insyaAllah doakan saya terus mencari keperibadian muslimah sejati…

Moga ianya adil … insyaAllah… bi iznillah ya ILAHI

Kudambakan cinta ILAHI, redhaNYA kujejaki…

Tuesday, April 12, 2011

Ukhuwwah itu Indah..^_^



~"Yang aku mahu dengan Ukhuwwah itu ialah hati-hati dan ruh-ruh diikat dengan ikatan Aqidah. Aqidah adalah ikatan yang paling kuat dan mahal. Ukhuwwah adalah adik beradik kepada Iman, sedang perpecahan adalah adik kepada Kekufuran. Kekuatan pertama ialah kekuatan Kesatuan. Tidak ada kesatuan tanpa kasih sayang. Minima kasih sayang ialah berlapang dada. Maksima kasih sayang ialah Ithar (mengutamakan seseorang melebihi diri sendiri)

“Sesiapa yang selamat dari kebakhilan diri sendiri, mereka orang-orang yang berjaya” (Al-Hasyr).

Seorang ukhti yang jujur (dalam Ukhuwwahnya) melihat akhwatnya lebih utama pada dirinya dari dirinya. Ini adalah kerana sekiranya dia tidak bersama mereka, dia tidak akan dapat bersama selain mereka. Sedang mereka pula, jika tidak bersama dia, mereka bersama selain dia. Hanyasanya serigala memakan kambing yang bersendirian.

“Orang mukmin dengan mukmin yang lain seperti sebuah binaan yang saling kuat menguat antara satu sama lain” (Hadis). “Orang-orang beriman lelaki dan perempuan adalah wali (penolong) diantara satu sama lain” (Al-Quran). Beginilah kita sepatutnya.~

[Imam Hasan Al-Banna]

P/S ; Maafkan aku sahabatku...

Sunday, April 10, 2011

Ya Allah aku perlukan kekuatan itu

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Wahai Khaliqku yg Maha Kuasa ,
Aku mohon kepadaMu kekuatan,
Untuk menghadapi ujianMu
Menanti suatu kepastian,
Yg aku sendiri tidak pasti akan natijahnya,

Ya Allah Kuatkanlah aku,
Kerana aku terlalu lemah,
Jangan ya Allah kau biarkan aku tewas,
Kuatkanlah hatiku menempuhinya,

Jujur aku katakan ya Allah,
Aku terlalu takut,
Takut dengan kenyataan,
Yang aku sangsi akibatnya,
Yg menakutkan atau menenangkan,

Ya Allah,
Kiranya diri ini lupa akan dirimu,
Ingatkanlah aku ya Allah,
Jika aku menangis kau usapkanlah,
Air mata tangis ku,
Kerana aku tak mampu lakukanya sendiri.

Ya Allah,
Bantulah aku,
Aku tiada lagi tempat bergantung,
Hanya Kau yg berkuasa,
Kau jualah yg mengetahui segalanya,
Kau jualah yg memegang hidup dan ajalku.
Aku merayu Ya Allah,
Jadikanlah kesudahan yg terbaik bg umurku,

Wallahua’lam

Ya Allah

Sejak akhir2 ni..
aku rasa macam...
semuanya, serba tak kena..
entah kenapa??..
aku lebih suka bersendirian sekarang..
walaupun luaranku nampak gembira..
tapi hakikatnya....
hanya Tuhan yang tahu...
perasaan sedih selalu membelenggu diri..
usah ditanya kenapa dan mengapa...
Ya Allah..
kuatkanlah hambaMu ini dalam menempuhi dugaan dariMu..
tingkatkan kesabaranku...
terimalah taubatku...
kenapa aku selalu bersedih??
Ya Allah..
bantulah hambaMu..
terus tegar..
menghadapi ujianMu..
Di kala ini..
aku merasa kesepian walaupun teman2 di sisi..
entah kenapa..
aku rasa diriku semakin lemah dan lemah..
namun aku akan terus ceria..
tertawa seperti orang lain..
agar diriku tak terasa sedih yang amat sangat..
Ya Allah..
aku tak sanggup..
bila melihat dan berhadapan orang2 yang ku sayang..
bimbang kalau mereka bersedih keranaku..
Ya Allah..
kuatkanlah aku dan gagahi diriku Ya Allah Ya Rabbi..
aku tak mampu menanggung ujian dariMu...