Tuesday, July 13, 2010

Jujur...

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah Ya ALLAH, masih diberi kekuatan untuk terus bertinta dan berkongsi ilmu yg saya dapat dengan sahabat2 dirahmati Allah s.w.t.. apa khabar sahabat2ku?? moga sentiasa diredhai dan diberkahi olehNYA selalu.. amin



sahabat, apa itu jujur?? jujur adalah kata2 yg benar dan sejajar dengan amalan kita..
senang cerita, apa yg kita cakap, itulah yg akan kita lakukan.. insyaALLAH.. untuk memperoleh iman yg sempurna, kita haruslah jujur dimana ALLAH berfirman:

Diantara org2 mukmin itu ada org2 yg menepati apa yg telah mereka janjikan pada Allah.. Dan diantara mereka ada yg gugur, dan diantara mereka pula ada yg menanti-nanti dan mereka tidak sedikitpunmengubah janjinya..(Al-Ahzab:23)

bagaimana ya, untuk menjadi seorang yg jujur??
Allah berfirman:

Wahai org2 yg beriman!! bertakwalah kepada Allah, dan bersamalah kamu dengan org2 yg benar..(At-Taubah:119)

benarlah kata2 Allah, dimana utk menjadi hambaNYA yg jujur, kita hendaklah mendampingi org2 yg jujur.. Syukur Ya Allah, kerana kau telah mempertemukan hamba dengan insan2 yg sentiasa mengingatiMU dan mengajak hamba untuk lebih dekat denganMU.. terima kasih Ya Allah..

Rasulullah s.a.w bersabda, jujur dan iman ibarat isi dengan kuku.. tidak sesekali bisa dipisahkan.. pada suatu hari, baginda didatangi oleh seseorang.. lalu, orang itu bertanya 3 soalan kpd rasulullah.. pertama, adakah orang beriman bisa jadi pengecut?? Rasulullah menjawab, ya.. kedua, adakah org beriman bisa jadi bakhil??
Rasulullah menjawab, ya.. akhir sekali, orang itu bertanya adakah orang beriman seorang pendusta?? Rasulullah menjawab, TIDAK..

Ya ALLAH, jauhkanlah lisan kami dari terus melakukan pembohongan sama ada dalam keadaan sedar atau tidak sedar.. sesunnguhnya engkaulah yg Maha berkuasa atas segalanya..

balasan org yg jujur adalah syurga dimana Rasulullah bersabda org yg jujur akan mendapat satu kebaikan dan balasan terhadap kebaikan adalah syurga..
Ibnu Abbas berkata, seseorg itu akan beruntung di dunia dan di akhirat apabila memiliki sifat malu, syukur, jujur dan beraklak baik..

lima tingkatan jujur:

1) jujur lidah
2) jujur niat dan kemahuan
3) jujur keazaman
4) jujur dalam menunaikan janji
5) jujur dalam amal (As-Saff:2-3)

orang yg jujur akan memperoleh:
1) ketenangan hati
2) pendapatan yg diperoleh adalah barokah, terutamanya dalam aktiviti jual beli
3) berjaya memperolehi kedudukan syuhada' (H.R. Muslim)
4) bersama org2 soleh di syurga
5) mencapai kedudukan golongan shiddiqin

diharuskan berbohong:
1) apabila menghadapi musuh
2) jadi orang tengah untuk damaikan 2 belah pihak
3) perbualan suami isteri untuk tingkatkan kebahagiaan

sekian sahaja untuk kali ini.. ikhlas dari hambaNYA yg masih dalam proses memperbaiki diri.. ayuh sama2 kejar tarbiyah.. wallahua'lam

Monday, July 5, 2010

Ayuh Syabab = Bangkitlah Wahai Pemuda

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yg telah menciptakan kita semua sebagai ummat terbaik dibumi wakafan ini.. selawat serta salam moga tetap dicurahkan ke atas murobbi teragung & qudwah hasanah, Rasulullah S.A.W.. salam kemuliaan juga buat ahlul bait, para sahabat-sahabiah, tabi'in, tabi'-tabi'in, mujahid-mujahidah, serta muslimmin-muslimat yg masih tsabat/ istiqomah/ istimrar memperjuangkan kalimah haq lailahaillallah sehingga hari akhir.. insyaALLAH

Kali ini, sebagai satu seruan buat saya sendiri dan juga buat sekalian pemuda atau mereka yang masih mahu menggelarkan diri mereka sebagai PEMUDA, yang bertebaran di atas muka bumi ini. Sebut sahaja pemuda, apa yang tergambar adalah satu figure yg memiliki susuk tubuh yang kental dan semangat yang berkobar. Ya, secara asasnya itu adalah pemuda. Ciri-ciri fizikalnya begitu. Maka dengan elemen yang ada itu, pemuda cukup pantang menyerah sebelum ajal. Kembali kepada sejarah, pemuda adalah teras kepada satu kebangkitan dan pintu kepada kegemilangan. Sama ada pemimpin sekular, komunis, duniawi, mahupun pemimpin dengan teras agama, semua meyakini akan kekuatan dan kepentingan pemuda ini. Itulah sebabnya, semenjak dahulu lagi, pemuda menjadi tiang pasak kepada sebuah masyarakat, tamadun, dan peradaban. Mereka merupakan rahsia kekuatan mana-mana kebangkitan, malahan angkatan pemuda jugalah yang menjadi barisan penjulang panji-panji bagi sesuatu fikrah perjuangan.

Allah berfirman:
Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka, dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.(Al-Kahfi:13)



Pemuda pada masa kini, lahir ditengah-tengah masyarakat yang rosak. Ibarat barah yang semakin hari semakin kronik. Lihat sahaja di sekeliling kita. Jika pada umur 13 tahun, sudah boleh bunting hasil perkongsian haram, tidak rosak jadinya? Jika lelaki dan perempuan, muda-mudinya bebas melakukan apa sahaja, tanpa segan silu, tidak haru biru lagaknya? Jika rasuah menjadi-jadi dan janji-janji pemimpin hanya tinggal janji, tidakkah menyusahkan rakyat namanya? Apatah lagi apabila Al-Quran dan sunnah jauh dari diri, kita lupa matlamat sebenar kita wujud ke dunia ini.

Maka, haruskah kepekatan malam yang panjang ini dibiarkan terus begitu? Bila dan bagaimana mahu disinarkan kembali cahaya Syahadah? Siapa mahu melaksanakannya. Masyarakat ini perlu diubati tentunya. Itu satu kemestian. Jika orang yang demam diberi penawar, masakan masyarakat yang sakit dan rosak ini hendak dibiarkan begitu sahaja. Pemuda adalah jawapannya. Sirah telah menunjukkan segalanya. Teras kepada kejayaan dakwah nabi kerana kesungguhan pemudanya seperti Ali, Suhaib Ar-rumy, Salman Al-Farisi, Mus’ab bin Umair dan ramai lagi tokoh pejuang agama era sahabat terdiri daripada pemuda. Meski Abu Jahal itu pemimpin utama, namun bukan dia yang menjadi teras agama ini. Mahu Allah tunjuk kepada kita, memang pemuda menjadi teras dan pengubat buat agama ini.

Allah berfirman:

Kamulah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk memimpin umat manusia: iaitu kamu menyuruh berbuat kebaikan, dan kamu menegah dari kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah. (Al-Imran : 110)

Ayat daripada surah ini harus dihayati pemuda hari ini. Buka sejenak minda dan lapangkan hati kita. Allah menjelaskan bahawa sesungguhnya kita adalah sebaik-baik umat. Kita makhluk terbaik di alam ini. Kita termulia. Kebaikan dan kamuliaan ini bukan dikurniakan kerana kayanya kita atau kerana besarnya pangkat atau hebat pekerjaan yang dimiliki. Mulia kita, kerana kita menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran, serta hidup dalam keadaan beriman kepada Allah. Ini matlamat hidup dan tujuan kejadian manusia yang mahu Allah ingatkan buat kita dan mahu kita beramal dengannya. Hidup ini tidak lama. Akhirat itu pasti akan kita laluinya. Itu hari perhitungan dan pembentangan amal yang kita laksanakan di dunia ini. Maka apabila kita tahu akhirat itu pasti, mengapa tidak mahu kita bersedia kearahnya? Apa yang mahu kita persembahkan nanti? Anak-anak, kereta besar, pangkat, jawatan, duit, senjata, rumah, harta, dan pelbagai lagi nikmat alam ini sudah tidak bermakna lagi. Hanya amal kita berdasarkan apa yang Allah mahu akan dinilai dan diterima. Apa yang Allah mahu? Ayat di atas tadi menceritakan segalanya.

Ambil masa yang ada dan renungi kembali akan hari-hari yang telah berlalu itu. Berapa banyak telah dihabiskan untuk beramal dan berapa banyak yang tersia-sia. Bangkitkan roh dan semangat kita berteraskan kesyumulan Islam ini wahai pemuda. Moga kita bisa menjadi satu ejen perubah buat umat yang kian tenat ini.

p/s : Usah terus terleka.

Salam mujahadah.

Sunday, July 4, 2010

mEncAri CinTa..

Assalamualaikum wbt..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Atas namamu Ya Allah.. Apa khabar sahabat-sahabat dirahmati Allah s.w.t?? Semoga setiap nafas diiringi bersama nama Allah, agar kalimah Allah terus meresap ke segenap sel-sel di dalam badan kita yang semuanya sedang bertasbih memuji Allah.. Subhanallah!! Alangkah indahnya jika setiap hari kita sentiasa fokus untuk berjuang di jalan Allah.. tidak ada cita-cita dan impian untuk diri sendiri tapi hanyalah semata-mata untuk Allah. Alangkah indahnya.. amin ya Allah.

Hari ini, sukar untuk menceritakan kisah percintaan yang dihalalkan oleh syariat islam. Hal ini disebabkan zaman sekarang, kebanyakan bahan bacaan dan media memaparkan bentuk percintaan yang menyalahi konsep agama. Jika ada pelajar yang bertanya “Ada tak kisah percintaan yang baik?” “Bagaimana para sahabat atau tabi’in dulu bercinta?”. Persoalan ini membuatkan saya sering tercari-cari kisah mereka. Kisah yang wajar dan sesuai dikaitkan dengan persoalan cinta dan kebahagiaan.

Setelah saya mencari, rupanya banyak kisah yang mampu diteladani dalam mencari cinta dan kebahagiaan. Justeru, saya memetik kisah mubarak untuk dipaparkan kepada ukhwatifillah. InsyaALLAH dari kisah ini, ada suatu nilai yg boleh kita bandingkan dengan situasi percintaan pada hari ini.

KISAH MUBARAK

Mubarak adalah bapa kepada Abdullah bin Mubarak iaitu seorang Imam dalam ilmu hadis. Namanya Mubarak. Dulu, Mubarak itu seorang budak. Tuannya memerdekakannya kerana keluhuran pekerti dan kejujurannya. Setelah merdeka, dia bekerja dengan seorang yang kaya raya dan memiliki kebun delima yang sangat luas. Dia bekerja sebagai penjaga kebun itu. Keramahan dan kehalusan tutur sapanya, membuatkan dia disenangi semua teman-temannya dan penduduk di sekitar kebun.

Suatu hari pemilik kebun itu memanggilnya dan berkata, “Mubarak, tolong petikkan buah delima yang manis dan masak!” Mubarak terus bergegas ke kebun. Dia memetik beberapa buah dan membawanya kepada Tuannya. Dia menyerahkan kepada Tuannya. Majikannya mencuba delima itu dengan penuh semangat. Namun apa yang terjadi, ternyata delima yang dipetik Mubarak rasanya masam dan belum masak. Dia mencuba semuanya satu persatu, semuanya kecut dan belum masak.

Pemilik itu gusar dan berkata, ”Apakah kau tidak biasa membezakan mana yang masak dan yang belum masak? Mana yang manis dan mana yang masam?”

“Maafkan saya Tuan, saya sama sekali belum pernah merasakan delima. Bagaimana saya biasa merasakan yang manis dan yang masam,” jawab Mubarak.

“Apa? Sekian tahun kamu bekerja di sini dan menjaga kebun delima yang luas sebegini lalu kau bilang belum pernah merasakan buahnya. Kau berani berkata seperti itu!” Pemilik kebun itu marah kerana merasakan dirinya dipermainkan.

“Demi Allah Tuan, saya tidak pernah merasai satu butir buah delimapun. Bukankah anda hanya memerintahkan saya menjaganya dan tidak memberi izin pada saya untuk merasainya?” ujar Mubarak.

Mendengar ucapan itu pemilik kebun itu tersentak. Namun dia tidak terus percaya begitu saja. Dia lalu pergi bertanya kepada teman-teman Mubarak dan tetangga di sekitarnya tentang kebenaran ucapan Mubarak. Teman-temannya mengakui bahawa mereka tidak pernah melihat Mubarak makan buah delima.

Seorang temannya bersaksi, “Dia orang yang jujur, selama ini tidak pernah berbohong. Jika dia tidak pernah makan satu buahpun sejak bekerja di sini bererti itu benar.”

Kejadian itu benar-benar menyentuh hati sang pemilik kebun. Diam-diam dia kagum dengan kejujuran pekerjanya itu. Untuk lebih meyakinkan dirinya, dia kembali memanggil Mubarak,

“Mubarak, sekali lagi, apakah benar kau tidak makan satu buahpun selama menjaga kebun ini?”

“Benar Tuan.”

“Berilah aku alasan yang bisa aku terima!”

“Aku tidak tahu apakah tuan akan menerima penjelasanku atau tidak. Saat aku pertama kali aku datang untuk bekerja menjaga kebun ini, tuan mengatakan tugas saya hanya menjaga. Itu akadnya. Tuan tidak mengatakan aku boleh merasakan delima yang aku jaga. Selama ini aku menjaga agar perutku tidak dimasuki makanan yang syubhat apalagi haram. Bagiku karena tidak ada izin yang jelas dari tuan, maka aku tidak boleh memakannya.”

“Meskipun itu delima yang jatuh di tanah, Mubarak?” Tanya tuan kebun.

“Ya, meskipun delima yang jatuh di tanah. Sebab itu bukan milikku, tidak halal bagiku. Kecuali jika pemiliknya mengizinkan aku untuk memakannya.”

Kedua mata pemilik kebun itu berkaca-kaca. Dia sangat tersentuh dan terharu. Dia mengusap air matanya dengan sapu tangan dan berkata,

“Hai Mubarak, aku hanya memiliki seorang anak perempuan. Menurutmu aku wajar mengahwinkannya dengan siapa?”

Mubarak menjawab,

“Orang-orang Yahudi mengawinkan anaknya dengan seseorang karena harta. Orang Nasrani mengahwinkan karena keindahan rupa paras. Dan orang Arab mengahwinkan anaknya karena nasab dan keturunannya. Sedangkan orang Muslim mengahwinkan anaknya pada seseorang kerana melihat iman dan taqwanya. Anda tinggal memilih, mahu masuk golongan yang mana? Dan kahwinkanlah puterimu dengan orang yang kau anggap satu golongan denganmu.”

Pemilik kebun berkata,”Aku rasa tak ada orang yang lebih bertaqwa darimu.”

Akhirnya pemilik kebun itu mengahwinkan puterinya dengan Mubarak. Puteri pemilik kebun itu ternyata gadis cantik yang solehah dan cerdas. Dia hafal kitab Allah dan mengerti sunah Nabi-Nya. Dengan kejujuran dan ketaqwaan, Mubarak memperoleh nikmat yang agung dari Allah Swt. Dia hidup dalam syurga cinta.

Dari percintaan pasangan mulia itu lahirlah seorang anak lelaki yang diberi nama “Abdullah”. Setelah dewasa anak ini dikenal dengan sebutan “Imam Abdullah bin Mubarak” atau “Ibnu Mubarak”, seorang ulama dikalangan tabi’in yang sangat terkenal. Selain dikenal sebagai ahli hadis, Imam Abdullah bin Mubarak juga dikenal sebagai ahli zuhud. Kedalaman ilmu dan ketaqwaannya banyak diakui ulama pada zamannya.



Wahai ibu-bapa sekalian, awasilah putera puterimu.. Pantaulah dengan siapa mereka berkawan?? hiasilah akhlak mereka sepetimana yg diperintahkan oleh Allah.. InsyaALLAH yg paling berharga adalah disisi Allah swt..

Benarlah Firman ALLAH~(An-Nur:30-31)
katakanlah kepada laki2 yg beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya.. yg demikian itu lebih suci bagi mereka.. sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yg mereka perbuat..
katakanlah kepada perempuan yg beriman agar mereka menjaga pandangannya, memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan auratnya, kecuali yg bisa dilihat.. hendaklah mereka menutup kain kerudung kedadanya, janganlah menampakkan auratnya kecuali kepada suami mereka, ayah mereka, ayah suami mereka, putera2 mereka, putera2 suami mereka, saudara lelaki mereka, putera saudara lelaki mereka, putera saudara perempuan mereka, perempuan islam, hamba sahaya yg mereka miliki, para pelayan lelaki tua yg tdk mempunyai keinginan terhadap perempuan, dan anak2 yg belum mengerti tenteng aurat perempuan.. janganlah meghentakkan kakinya agar diketahui aurat yg mereka sembunyikan.. dan bertaubatlah kamu semua kpd Allah, wahai org2 beriman, agar kamu beruntung..

Saturday, July 3, 2010

Kembalilah kepada Allah

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pengasih dan Maha Penyayang..
alhamdulillah, setinggi2 kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t kerana masih lagi dikurniakan nikmat yg tak terhitung oleh jari-jemariku.. Ya Allah kurniakanlah kepadaku dari sisiMU lisan yg sentiasa basah untuk memuji kekuasaan zatMU.. amin





Topik yg ingin diutarakan pd kali ini adalah berkaitan "UJIAN ALLAH".. Sememangnya, kita tidak dapat lari daripada ujian Allah. Kerana dengan ujian itulah iman akan teruji. Kita sering diuji dengan result exam, kewangan, kesakitan dan macam2 lagi.. Andai diikutkan nafsu dan emosi, pasti kita mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah seperti mengurung diri, merayau-rayau dan sebagainya. Nauzubillah. Sebenarnya kita masih ada tempat mengadu iaitu dengan kemabali bersujud kepada Allah..

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata ‘kami beriman’ sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu ujian)"– (Surah al-Ankabuut:2)

Apa yang penting, kita kembalilah kepada Allah. Suka untuk saya menggunakan metodologi, Allah baru sahaja mencvubit kita sedikit sahaja jika dibandingkan dengan nikmat kurniaanNya yang melangit luas. Kita jangan cepat melatah dan merasa cemas dengan ujian yang menimpa. Disinilah kebergantungan kita kepada Allah sangat diperlukan.

Al-Mutanabbi berkata, "Kecemasan hanya akan mengakibatkan tubuh menjadi kurus dan rambut akan beruban dan menjadi amat tua." Jangan membiarkan ujian itu menjadikan kita cepat tua =).

Apapun belajarlah untuk redho kerana apabila kita redho, kita sememangnya kembali kepada Allah dan insyaAllah hati kita akan bahagia.

Wasiat Luqman Al-hakim

"Dan selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah. Takutlah kepada Allah dengan sebenar-benar takut (taqwa), tentu engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah"

Binalah Istana untuk didiami

Syukur, terlalu banyak pelajaran Allah berikan kepada saya daripada ujian yang saya hadapi sepanjang nafas dikandung badan.

Pertama seperti wasiat Luqman al-Hakim kepada anaknya “Wahai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan kerana pahitnya sesuatu barang itu.. kerana yg manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu memberi kesengsaraan”

Keduanya, janganlah kita membina istana pasir lagi kerana ia mudah roboh dihentam ombak.. Ayuh, sama2 kita membina istana untuk kita diami. Dan kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam kehidupan kita.. moga kita tidak jatuh ke lembah kemaksiatan dan dampingilah orang2 yang sentiasa mengingati ALLAH.. moga2 kita bisa menjadi hambaNYA yg "RABBANI"..

Ketiga, biarlah apa yang diperlakukan orang terhadap kita, selagi keyakinan kita pada Allah selagi itulah hidup kita bahagia.

Akhirnya moga kita sentiasa belajar erti sabar dan redho. Amin.. amin.. amin

Thursday, July 1, 2010

Azan bErkUmanDang...

Dengan nama ALLAH yg Maha PENGASIH lagi Maha PENYAYANG..
alhamdulillah wa syukurillah ku rafatkan setinggi-setingginya ke hadrat ilahi, Tuhan yg menguasai seluruh kerajaan langit dan bumi..
insyaALLAH sedikit santapan rohani buat diriku terutama sekali dan dikongsi bersama ukhwatifillah rahimahullah..




Kematian itu pasti menjelma.
Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.
Cuba kita amati.
Mengapa kebanyakan orang yg nazak,
hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa..
lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan dari sebuah hadis yg bermaksud:
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya"

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam, kita wajib menghormati azan kerana banyak fadhilatnya.

Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?

Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Sekiranya lidah kita kelu semasa ajal hampir tiba, maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratulmaut
menghampiri kami.
Amin.. amin.. amin
Yarabbal a'lamin.."