Tuesday, December 28, 2010

Biar lambat asalkan mantap..?

Dengan nama ALLAH yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Alhamdulillah wassola tu a'la Rasulillah..

Kualitikah yang kita mahu? Atau kuantiti yang kita korbankan demi menjustifikasikan longlai dan lemah amal kita?

Kadangkala kita melihat amal dakwah yg lemah. Di suatu tempat hanya ada beberapa kerat mad’u dengan da’I yang melambak-lambak. Di banyak tempat pula da’Inya lebih ramai dari mad’u. Apa yang telah terjadi sebenarnya?

Kerap kali bila di tanya, kenapa tak agresifkan dakwah? Kenapa tak lajukan? Kenapa tak bertambah-tambah?

Jawapan standard dan biasa ialah: kita perlukan kualiti, bukannya kuantiti. Yang penting kita membina orang yang bermutu, bukannya ramai…

Kaedahnya betul, tapi banyak yang perlu di halusi. Dakwah, gerakan jahiliyyah, penggunaan masa dan fikiran kita, pen’takwinan’ mad’u dll.

Adakah betul kita telah kehabisan tenaga demi membina dan mentakwin orang yang telah menyerahkan diri untuk di tarbiyyah? Atau kita kehabisan stamina kerana kurang bergerak, sehingga kita tidak mampu bergerak lebih dari membawa satu group halaqah mingguan? Kerana kita terlalu ramaikah sehingga anak-anak mutarabbi kita tidak terjaga?

Jika anak-anak mutarabbi kita telah mantop di bina oleh kita, kenapa mereka tidak mampu untuk membina anak-anak mutarabbi baru? Bagaimana nilai mutu mutarabbi kita jika mereka hanya berlegar di dalam bilangan yang sama selepas bertahun.

Jahiliyyah tidak pernah diam. Mereka bergerak siang dan malam. TV, radio, majalah, Internet bergerak mencari ‘mad’u’ baru mereka. Mereka mendapat pelanggan baru ratusan pada setiap hari… Sedangkan kita masih ber’heppi’ dengan angka satu grup usrah seminggu.

Bila kelihatan ada orang yang agak laju bergerak, agresif kerja mentajmik dan men’takwin’, kita kemungkinan juga memberi justifikasi untuk diri sendiri : buat apa laju-laju dan ramai, tapi tak tahan lama dan tak bermutu !

Tapi apakah manusia yang kita bina tahan lama dan bermutu? apa ukuran laju dan lambat? Jika kita berjalan kaki, memang kita katakan kepada orang berbasikal itu laju. Tapi yang berbasikal sebenarnya masih lambat di bandingkan dengan yang berkereta atau ber’jet’. Jadi siapa yang merasai orang lain itu terlalu laju sebenarnya patut meneliti apa bandingan yang di pakainya. Jangan si pejalan kaki mengatakan yang berbasikal itu terlalu laju, sedangkan si berbasikal sebenarnya masih lambat dan slow berbanding jahiliyyah sekarang yang ber’jet’ dan ber’roket’.



MOGA SLOWNYA KITA TIDAK MENJADI ALASAN UNTUK MARAH KEPADA SI LEBIH LAJU SEDIKIT DARI KITA YANG JUGA SEBENARNYA MASIH SLOW BERBANDING TUNTUTAN SEBENAR REALITI PERTARUNGAN SEMASA.

wallahhua'lam..

Saturday, December 18, 2010

Aku insaf selepas membaca kisah benar ini...

Bismillahhirrohmanirrohim..

Dari tengahari tadi, saya dok menggodek-godek file di dalam laptop saya, mencari kalau-kalau ada artikel bagus yang boleh dikongsikan.

Tiba-tiba, mata saya tertarik dengan satu file yang bertajuk “Kisah Di Sebalik Ungkapan “Tak ada apa-apa”.

“Eh, kisah apa pulak dah ni?”, hati saya berbicara sendiri.

Saya lantas membuka file tersebut dan membacanya. Aduh, hati saya begitu terkesan dengan kisah tersebut.

“Haaa, kisah ni memang perlu dikongsikan. Bagus untuk peringatan bersama.”

Maka, saya tanpa ragu-ragu lagi, ingin berkongsi dengan anda semua tentang kisah yang sangat menarik tersebut. Semoga ianya memberi peringatan kepada kita semua.

Baca dan ambillah iktibar dari kisah ini.

Kisah Di Sebalik Ungkapan “Tak ada apa-apa”

Beberapa bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar, cemas, bimbang dan runsing. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu kerap. Ketika memandu pun saya turut diserang rasa yang demikian. Saya cuba dapatkan nasihat doktor. Doktor kata takde apa-apa. Hairan juga! Sewaktu balik ke kampung, saya bertemu dengan guru mengaji Quran. Saya ceritakan perkara yang saya alami. “Mungkin ada buat silap dengan mak kot. Cuba check, katanya. Saya tersandar seketika. Insiden apakah yang boleh membuatkan saya diuji sebegini rupa? Puas saya memikirkannya. Seingat saya, walau ke mana saya hendak pergi dan apa yang saya nak buat, tak pernah saya lupa memberitahu mak. Meminta maaf memang saya jadikan kebiasaan dalam diri. Saya balik ke rumah mak, lalu saya ceritakan peristiwa yang saya alami itu.

Saya pohon padanya, “Mama, Sabri nak tanya dari hati ke hati, adakah Sabri pernah buat dosa dengan mama yang mama tak ampunkan?” Tak ada apa-apa. Mama restu dengan apa yang Sabri buat sekarang ini.” Saya masih tak puas hati. Esoknya saya tanya lagi. Mama masih menjawab,”Tak ada apa-apa”. Saya masih tidak puas hati lagi. Malam itu saya munajat dengan Tuhan minta Allah tunjukkan jalan kebenaran. Hari ketiganya, saya mengahadap mama sekali lagi. Mama ketika itu sedang berehat di sofa. Saya pandang wajah mama, saya genggam tangannya erat-erat, “Mama, Sabri pohon sekali lagi, tolonglah mama luahkan apa yang terbuku di hati mama. Sabri tahu sabri ada buat salah, tapi mama tak nak bagitau.” Airmata sudah membasahi pipi. Tak ada apa-apa?”Tingkah mama semula. Dalam keluhan yang dalam, ibu tua seakan mahu bersuara, tapi terdiam kembali.

Akhirnya dia bersuara. “Sabri ada satu kisah yang mama susah nak lupakan dan sesekali ingatan itu datang akan membuatkan hati mama terluka. Kadang-kadang ketika membasuh pinggan mama boleh menangis tersedu-sedu mengenangkan peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masih berbekas hingga sekarang.” Saya terkedu. Mama menyambung, “Sabri tentu ingat arwah ayah meninggal ketika adik masih kecil. Tanggungan kita ketika itu sangat berat. Duit pencen ayah memang sedikit dan tak cukup nak tampung hidup kita, Sabri ingat tak?” Mama mula menangis. Saya tunduk. Selepas SPM Sabri ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titik peluh Sabri tu mama gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hari Sabri bagitau mama Sabri nak melanjutkan pelajaran. Mama merayu supaya hajat itu ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta Sabri terus bekerja. Berkali-kali Sabri minta dan merayu pada mama nak sambung belajar juga. Akhirnya mama terpaksa melepaskan Sabri belajar dalam hati yang penuh terpaksa.”

Saya benar-benar terkejut. Mama menyambung lagi, “Cuba bayangkan ketika itu kalau mama tak izinkan Sabri pergi, mama rasa Sabri akan berkeras pergi juga. Dan perginya Sabri ketika itu adalah sebagai anak derhaka!” Saya meraung sepuas-puasnya, terjelepuk lembik di pangkuan mama. Mulai hari ini mama ampunkan semua dosa Sabri. Adik-adik pun dah berjaya. Segala yang terbuku di hati dah habis mama luahkan. Mama harap mama dapat mengadap tuhan dengan hati yang tenang.” Ungkapan terakhir mama terasa bagaikan air sungai jernih yang mengalir sejuk ke seluruh urat saraf saya seakan membasuh dosa yang lalu. Badan saya terasa ringan yang amat sangat. Syukur kepada Allah hati saya kembali tenang. Terasa kerja-kerja yang dibuat semakin dibantu Allah. Sejak peristiwa itu saya selalu berpesan kepada anak-anak, ahli keluarga dan kawan-kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan ibu kerana ia sebagai jambatan menuju ke syurga.

Daripada cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa di sebalik ungkapan ‘tak ada apa-apa’ dari mulut seorang ibu mungkin ada tersimpan ‘apa-apa’ yang sangat memilukan hati ibu, akibat tingkah laku atau tutur kata kita yang menyinggung hatinya. Jagalah hati ibu, dan sentiasa minta mereka doakan kesejahteraan hidup kita. Sesungguhnya doa dari seorang ibu sangat makbul.”… dan hendaklah kamu berbuat baik dengan sesungguhnya kepada ibu bapa. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong dengan perbuatannya, sombong dengan perkataannya.” An-Nisa’:36

P/s- Saya tidak tahu sumber asal artikel ini. Sesiapa yang tahu, sila maklumkan kepada saya supaya saya dapat ‘kredit’ kan sumbernya di sini. Jazakillah

Saya ingin menyeru sekali lagi kepada anda semua. Marilah kita sama-sama merenung dan berfikir sejenak. Selama ini, adakah kita pernah berkasar bahasa dengan ma, ibu, ummi, mama, mum atau mak kita???

Pernah tak kita melawan cakap mak kita?? Pernah atau tidak kita meninggikan suara dengan ibu kita?? Ada atau tidak kelakukan, perangai, tingkah laku kita sehingga menyebabkan air mata ibu kita mengalir??

Wahai sahabat semua, ingatlah bahawa “REDHA ALLAH ke atas kita adalah terletak pada REDHA IBU BAPA kita kepada kita“.

Kalau mak ayah kita terasa hati, kecewa dan tidak redha dengan kita, bagaimana mungkin kita boleh selamat di akhirat nanti? Jangan kata akhirat, di dunia ini lagi hidup kita tidak akan mendapat keberkatan.

Jadi, marilah kita sama-sama menginsafi diri. Kalau kita ada buat salah, bersikap kurang ajar atau menyakiti hati orang tua kita, bersegeralah memohon ampun maaf dari mereka selagi hayat mereka masih dikandung badan.

Marilah kita ubah sikap, tingkah laku dan perangai buruk kita mulai dari sekarang. Marilah kita berusaha untuk menjadi anak yang soleh, menghormati, dan beradab sopan apabila berkomunikasi dengan ibu bapa kita. Sentiasa lah patuh pada mereka, merendah diri dan melayani mereka dengan sebaik mungkin.

Semoga saya dan sahabat-sahabat semua akan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

Kepada yang sudah kehilangan ibu dan ayah, panjatkanlah doa buat mereka. Minta pada Allah supaya mengampunkan dosa dan merahmati mereka. Sesungguhnya doa anak-anak yang soleh, akan diterima oleh Allah sebagai amalan soleh dan pahala bagi amalan ini dapat membantu ibu bapa kita di alam sana insyaAllah.

Monday, December 13, 2010

Di Hening Malam..

Dengan nama Allah yg Maha Pengasih dan Penyayang..

Apa khabar semua? Diharapkan agar semuanya berada dalam keadaan sentiasa ingat kepada Allah dan sentiasa mensyukuri nikmatNya.. insyaAllah

Dakwah Islam hari ini tidak akan dapat ditegakkan selagimana para da’inya tidak menyalakan obor mereka pada waktu malam.
Bukan kita orang pertama mengatakan ini. Sebenarnya ia adalah wasiat Imam Hasan al-Banna ketika beliau berkata kepada para da’i:
“Minit-minit malam amat berharga. Janganlah kamu menjadikannya tidak bernilai dengan kealpaan kamu.”

Adakah kita sedar keperluan untuk mengembalikan semula ciri utama ini? Atau adakah kita telah terpedaya dengan ijtihad baru yang memungkinkan kita bermudah-mudah dan bermalas-malas?
Sesungguhnya kata-kata Allah tidak berubah. Tetapi kita telah memurahkan minit-minit malam yang amat berharga itu dengan pelbagai kealpaan. Hingga tanggungjawab menjadi terasa amat berat dan Allah tidak memudahkan segala urusan kita..!

Kemenangan dakwah bukan terletak pada helaian kertas yang bertimbun. Tetapi ia terletak pada kembalinya orang yang ikhlas kepada ‘adat kebiasaan’ generasi awal. Bila hati menjadi suci dengan taubat dan mula dapat tersentuh dengan peringatan-peringatan yang diberi, maka ia akan menjadi penebus pada kesilapan semasa hasil kealpaan berpanjangan.
Ini adalah satu syarat yang mesti… wallah hu a'lam

Saturday, December 11, 2010

Wahai orang2 mukmin...

Sebenarnya masih terdapat ramai saki baki mukmin yang bilangan mereka cukup untuk menegakkan kebaikan yang kita ingin capai dan cita-citakan, tetapi dengan syarat mereka mengenali erti tajarrud (menyerahkan diri hanya untuk Islam), merasai kecil dan hinanya dunia, menjauhkan diri dari fitnah-fitnah, sabar menghadapi mihnah dan mahir seni memimpin ummat.

Kita malas membaca...?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Dengan namaMu Allah Yang Maha Mengajarkan kami, Yang memproses kami menjadi lebih baik .. apa khabar sahabat semua? Semoga sentiasa berada di dalam jiwa yang tenang agar bila tiba masa dipanggil Allah, insyaAllah jiwa yang tenang itu sentiasa siap untuk kembali padaNya.

Suatu ketika dahulu Moshe Dayan (bekas Menteri Luar Israel), menyatakan secara terbuka cita-cita dan keinginan negaranya.(membina Israel Raya dari Nil ke Furat).

Dia mendapat serangan dan kecaman dari bangsanya, kerana mereka khuatir pernyataanya itu dibaca oleh bangsa Arab (umat Islam) dan rencana jahatnya diketahui. Namun dengan tenang ia menjawab serangan kaumnya, katanya: “Tenanglah, pecayalah padaku, bangsa Arab (dan juga Melayu – penterjemah) tidak akan membacanya, kerana mereka tidak suka dan malas membaca”.



Inilah kenyataan pahit yang dimiliki umat islam, walhal ayat pertama dalam kitabullah yang diturunkan kepada umat islam memerintahkan; “Iqra” (bacalah).

Ternyata mereka malas dan tidak suka membaca. Kalaupun membaca, mereka tidak pandai memahami, kalaupun memahami, mereka tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakannya.

(Dr. Yusof Qaradawi)

Friday, December 10, 2010

Masa kosong telah menjeratmu… JAGA-JAGA !

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah (3x) wa Syukurillah..

‘Mehnah-tribulasi-ujian’ sebenar seorang da’I itu bukanlah pada penentangan si-kafir terhadapnya. Bukan juga pada penjara, penyeksaan dan pelaparannya. Tetapi yang lebihnya ialah pada kelesuan himmah dan rasa seronoknya dengan berehat.

Mehnah seseorang da’i ialah ketika dia hanya bermain-main, lalai dan duduk tanpa melakukan apa-apa. Mungkin dia terjerumus lebih jauh lagi iaitu apabila terbuka pintu ‘lagho’ selepas hanya sekadar bermain-main sahaja.
Itulah mehnah sebenar yang diadakan oleh jahiliyyah bagi para da’i. Jahiliyyah membentangkan penarikan dan segala bentuk hiburan yang boleh da’I tertarik kepadanya.

Kejayaan para da’I ialah apabila jiwanya merasa jijik terhadap apa sahaja perkara yang tidak boleh memajukan dakwahnya.
Lalainya seorang da’I merupakan suatu mehnah, kerana ia boleh memalingkannya daripada kemenangan yang mungkin tercapai jika dibuat usaha bersungguh-sungguh dan kerja berterusan. Mehnah itu juga boleh memalingkannya daripada ganjaran dan pahala ukhrawi yang muqaddimahnya adalah kesungguhan.
Nama kita akan terus tercatat di dalam rekod orang-orang yang ‘ghafilin’-lalai selagimana kita hanya memberikan ‘waktu-waktu lebihan’ untuk dakwah. Juga selagimana kita tidak mabuk cinta ‘passion’ kepada dakwah kita dan menganggapnya sebagai profesion kita yang utama.

Da’I sebenarnya tidak memiliki dirinya sendiri sehingga dia layak memberikan cuti kepada dirinya. Tetapi dirinya itu -sebagaimana digambarkan oleh sesetengah afadil- adalah sebagai ‘wakaf kepada Allah swt’. Sebiji seperti senaskhah kitab bermanfaat yang diwakafkan kerana Allah swt dan diletakkan di salah sebuah masjid. Maka setiap da’i adalah wakaf untuk Allah dalam salah satu bahagian dakwah.
Waktu-waktu ‘lebihan’ bukan sahaja sedikit dan terhad, tetapi ia juga merupakan waktu yang paling tidak berkualiti, kerana fikiran dan fizikal pada waktu itu berada dalam keadaan yang amat-amat penat dan letih.. wallahhua'lam