Dengan nama Allah yg Maha Pengasih dan Penyayang..
Apa khabar semua? Diharapkan agar semuanya berada dalam keadaan sentiasa ingat kepada Allah dan sentiasa mensyukuri nikmatNya.. insyaAllah
Dakwah Islam hari ini tidak akan dapat ditegakkan selagimana para da’inya tidak menyalakan obor mereka pada waktu malam.
Bukan kita orang pertama mengatakan ini. Sebenarnya ia adalah wasiat Imam Hasan al-Banna ketika beliau berkata kepada para da’i:
“Minit-minit malam amat berharga. Janganlah kamu menjadikannya tidak bernilai dengan kealpaan kamu.”
Adakah kita sedar keperluan untuk mengembalikan semula ciri utama ini? Atau adakah kita telah terpedaya dengan ijtihad baru yang memungkinkan kita bermudah-mudah dan bermalas-malas?
Sesungguhnya kata-kata Allah tidak berubah. Tetapi kita telah memurahkan minit-minit malam yang amat berharga itu dengan pelbagai kealpaan. Hingga tanggungjawab menjadi terasa amat berat dan Allah tidak memudahkan segala urusan kita..!
Kemenangan dakwah bukan terletak pada helaian kertas yang bertimbun. Tetapi ia terletak pada kembalinya orang yang ikhlas kepada ‘adat kebiasaan’ generasi awal. Bila hati menjadi suci dengan taubat dan mula dapat tersentuh dengan peringatan-peringatan yang diberi, maka ia akan menjadi penebus pada kesilapan semasa hasil kealpaan berpanjangan.
Ini adalah satu syarat yang mesti… wallah hu a'lam
No comments:
Post a Comment