Tuesday, December 28, 2010

Biar lambat asalkan mantap..?

Dengan nama ALLAH yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Alhamdulillah wassola tu a'la Rasulillah..

Kualitikah yang kita mahu? Atau kuantiti yang kita korbankan demi menjustifikasikan longlai dan lemah amal kita?

Kadangkala kita melihat amal dakwah yg lemah. Di suatu tempat hanya ada beberapa kerat mad’u dengan da’I yang melambak-lambak. Di banyak tempat pula da’Inya lebih ramai dari mad’u. Apa yang telah terjadi sebenarnya?

Kerap kali bila di tanya, kenapa tak agresifkan dakwah? Kenapa tak lajukan? Kenapa tak bertambah-tambah?

Jawapan standard dan biasa ialah: kita perlukan kualiti, bukannya kuantiti. Yang penting kita membina orang yang bermutu, bukannya ramai…

Kaedahnya betul, tapi banyak yang perlu di halusi. Dakwah, gerakan jahiliyyah, penggunaan masa dan fikiran kita, pen’takwinan’ mad’u dll.

Adakah betul kita telah kehabisan tenaga demi membina dan mentakwin orang yang telah menyerahkan diri untuk di tarbiyyah? Atau kita kehabisan stamina kerana kurang bergerak, sehingga kita tidak mampu bergerak lebih dari membawa satu group halaqah mingguan? Kerana kita terlalu ramaikah sehingga anak-anak mutarabbi kita tidak terjaga?

Jika anak-anak mutarabbi kita telah mantop di bina oleh kita, kenapa mereka tidak mampu untuk membina anak-anak mutarabbi baru? Bagaimana nilai mutu mutarabbi kita jika mereka hanya berlegar di dalam bilangan yang sama selepas bertahun.

Jahiliyyah tidak pernah diam. Mereka bergerak siang dan malam. TV, radio, majalah, Internet bergerak mencari ‘mad’u’ baru mereka. Mereka mendapat pelanggan baru ratusan pada setiap hari… Sedangkan kita masih ber’heppi’ dengan angka satu grup usrah seminggu.

Bila kelihatan ada orang yang agak laju bergerak, agresif kerja mentajmik dan men’takwin’, kita kemungkinan juga memberi justifikasi untuk diri sendiri : buat apa laju-laju dan ramai, tapi tak tahan lama dan tak bermutu !

Tapi apakah manusia yang kita bina tahan lama dan bermutu? apa ukuran laju dan lambat? Jika kita berjalan kaki, memang kita katakan kepada orang berbasikal itu laju. Tapi yang berbasikal sebenarnya masih lambat di bandingkan dengan yang berkereta atau ber’jet’. Jadi siapa yang merasai orang lain itu terlalu laju sebenarnya patut meneliti apa bandingan yang di pakainya. Jangan si pejalan kaki mengatakan yang berbasikal itu terlalu laju, sedangkan si berbasikal sebenarnya masih lambat dan slow berbanding jahiliyyah sekarang yang ber’jet’ dan ber’roket’.



MOGA SLOWNYA KITA TIDAK MENJADI ALASAN UNTUK MARAH KEPADA SI LEBIH LAJU SEDIKIT DARI KITA YANG JUGA SEBENARNYA MASIH SLOW BERBANDING TUNTUTAN SEBENAR REALITI PERTARUNGAN SEMASA.

wallahhua'lam..

2 comments:

  1. salam. Wasiat Hasan Al-Banna
    Saudaraku,
    Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukanlah akhlak seorang muslim.
    Ketahuilah bahwa ke-nyataan hari ini adalah mimpi hari kemarin, dan impian hari ini
    adalah kenyataan di hari esok. Waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya
    kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena
    kerusakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah
    sepanjang hidup-nya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat.

    dan sememangnya kita kene faham dan tahu yang kita mencari sahabat,pemuda yang mengerti hakikat Islam yang kita bawa dan serukan bukan sekadar menjadi pengikut.

    renungan bersama~~

    ReplyDelete
  2. tulisan yg bagus..penuh perasaan dan aspirasi...teruskan berkarya..

    ReplyDelete