Tuesday, January 4, 2011

Wake Up!!!

SEDARILAH pemuda, sahabat, saudaraku, kawanku yang masih bersemangat dan mahukan ISLAM tertegak di bumi Malaysia yang tercinta ini! Bukan impian yang kita mahu tetapi kenyataan, kenyataan yang kita mahukan dari titik peluh usaha kita sendiri, namun ia bukanlah impian semata2, bukanlah semangat semata-mata, jauh lagi SLOGAN KOSONG yang dalamnya lompong semata-mata! marhalah(perjalanan) ini sebenarnya teramat jauh dan ia perlu usaha yang tersusun dengan rapi sekali. sikap kita yang tergopoh dan mahu cepat mengecapi kemenangan membuatkan kita tidak akan mencapai kemenangan yang selayaknya SEDANGKAN UMMAT TIDAK TAHU PUN AKAN KEPENTINGAN SOLAT! LAGI, lihatlah akan keputusan yang kita sendiri tidak perlu bertanya pada sesiapa pun kerana kita sendiri sudah tahu akan hakikatnya!

(9:42) Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: "Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu." Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta. (at-taubah)

perjalanan dan perjuangan yang tersusun dan teratur setelah melepasi marhalah-marhalah yang tertentu maka barulah ALLAH akan memberikan janji2NYA kepada kita semua. telusurilah , laluilah, salurilah jalan dan tingkatan-tingkatan itu agar kemenangan yang dikecapai akan kekal bertahan dan berkesan walaupaun ia mengambil masa yang lama!........wallahhua'lam
allahhuakbar (3x)

No comments:

Post a Comment