Sebenarnya untuk menjadi insan yang bertaqwa adalah suatu yang perit dan payah. Bukan hanya dengan ucapan dan amalan semata-mata. Meskipun lidah tidak henti-henti berzikir dan ibadah yang begitu sempurna dan tertib, namun belum pasti ia benar-benar mulia di sisi Allah s.w.t. Sesungguhnya yang perlu diperhatikan adalah perjalanan hati kita. Di situlah petunjuk dan hidayah Allah ke atas setiap manusia. wallahua'lam
Tuesday, April 12, 2011
Ukhuwwah itu Indah..^_^
~"Yang aku mahu dengan Ukhuwwah itu ialah hati-hati dan ruh-ruh diikat dengan ikatan Aqidah. Aqidah adalah ikatan yang paling kuat dan mahal. Ukhuwwah adalah adik beradik kepada Iman, sedang perpecahan adalah adik kepada Kekufuran. Kekuatan pertama ialah kekuatan Kesatuan. Tidak ada kesatuan tanpa kasih sayang. Minima kasih sayang ialah berlapang dada. Maksima kasih sayang ialah Ithar (mengutamakan seseorang melebihi diri sendiri)
“Sesiapa yang selamat dari kebakhilan diri sendiri, mereka orang-orang yang berjaya” (Al-Hasyr).
Seorang ukhti yang jujur (dalam Ukhuwwahnya) melihat akhwatnya lebih utama pada dirinya dari dirinya. Ini adalah kerana sekiranya dia tidak bersama mereka, dia tidak akan dapat bersama selain mereka. Sedang mereka pula, jika tidak bersama dia, mereka bersama selain dia. Hanyasanya serigala memakan kambing yang bersendirian.
“Orang mukmin dengan mukmin yang lain seperti sebuah binaan yang saling kuat menguat antara satu sama lain” (Hadis). “Orang-orang beriman lelaki dan perempuan adalah wali (penolong) diantara satu sama lain” (Al-Quran). Beginilah kita sepatutnya.~
[Imam Hasan Al-Banna]
P/S ; Maafkan aku sahabatku...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment