Wednesday, May 19, 2010

SALAM PERJUANGAN, perjuangan itu satu pengorbanan!!!

KalaMuqadimmah

Sahabat –sahabat sekalian ,

Pertamanya dan selamanya ,marilah sama–sama kita memanjatkan rasa syukur kita kepada Allah swt kerana dengan perkenanNya dapat lagi kita dipertemukan. Pertemuan yang singkat ini ,Insya Allah dapat mengingatkan kita betapa perlunya hubungan keakraban dalam persahabatan.

Ana berasa amat bertuah dan beruntung ditakdirkan oleh Allah swt untuk mengenali semua sahabat yang ana kasihi. Kita tidak pernah merancang untuk bertemu, namun ketetapan Allah swt mengatasi segalanya. Sepanjang kita bersama di bumi wakafan ini terlalu banyak ilmu dan pengalaman yang diperolehi. Ana pasti ‘pertemuan’ sesama kita banyak membantu kita dalam memahami tujuaan utama kehidupan kita di muka bumi ini. Perlu diingatkan juga semua ini sebagai persediaan kita dalam menghadapi ancaman musuh dalam dan luar.

Sahabat-sahabat yang dikasihi,

Ana bersyukur kerana Allah swt mengizinkan untuk ana menyiapkan makalah yang tidak seberapa ini. Inilah hasil yang terdaya ana lakukan. Anggaplah makalah ini sebagai hadiah daripada ana. Inilah sumbangan yang termampu ana lakukan untuk antunna sekalian. Ana tidak mengharapkan apa-apa ganjaran. Cuma apa yang ana impikan adalah penerusan proses tarbiyah di kalangan kita semua. Maafkan ana di atas kelemahan diri ini.

Kesungguhan ana dalam melakukan perkara sebegini adalah sebagai satu jalan untuk ana sebarkan kefahaman yang ana ada dalam bentuk yang mampu ana sampaikan. Melalui bidang penulisan sebegini, ana yakin antunna lebih mudah memahami fikrah ini. Ana menimba teori tarbiyah dan ana cuba merealisasikannya secara zahir dan berperingkat-peringkat. Sejajar dengan itu, jauh di sudut hati yang kerdil ini ana ingin melihat semua saudara yang ana kasihi sebagai tenaga penggerak dalam menjaga kesucian biah di Materi. Semoga pengisian di dalam makalah ini, sedikit sebanyak mampu memberi manfaat kepada sahabat sekalian.

“Kebenaran hendaklah disertai keberanian”
Abu Dzar Al-Ghifari



Sahabat seperjuangan sekalian,

Kita adalah milik tarbiyah. Penyerahan hati sepenuhnya perlu berlaku dalam proses yang sukar ini. Kita akan bernilai apabila kita bangkit untuk medan ini. Bernilai di sisi Allah swt . Berharga di sisi Islam. Media seruan ini memerlukan tenaga kita, masa dan fikiran kita. Sumbangkanlah.

Kini, tugas kita sudah bermula. Tugas kita memperbaiki diri melalui proses tarbiyah. Tugas kita mencabut akar jahiliyah yang menjalar di dalam masyarakat dari akar umbinya. Inilah prinsip kita. Menentang jahiliyah sepanjang masa. Kita cuba, kita usaha, kita teruskan usaha yang murni ini. Andaikata kita mempunyai sepasang sayap , marilah sama –sama kita terbang mencapai keredhaan Nya.☼


Sahabat –sahabat tercinta ,

Teguhkanlah ……..
Eratkanlah ………..

Tali Ukhuwah Fillah Ini ,

Tekunlah………..
Telitilah……….

Dalam Melaksanakan Amanah Ini

Istiqamahlah…….
Teruskanlah…….

Pada Jalan Yang Sukar Ini


“ Tanpa Ukhuwah , Manusia Akan Musnah.”



Saudara mu,
HambaNYA yang sentiasa memohon segala keampunan dariNYA

“Manusia yang hidup mesti berjuang, kalau tidak dengan senjata berjuanglah dengan pena”
Amir Shakib Arselan

No comments:

Post a Comment