Bismillahhiwalhamdulillah..
Meski pun kita semua disini tidak pernah bertemu, namun hati kita sering menyapa..
Menyapa dalam diam..
dalam alam cyber yang kebisuan yang tidak punya suara dan telinga!
Hanya suara hati, perasaan dan tulisan yang membungakan semangat, yang mengugah jiwa lantas mentautkan ukhwah dan cinta serta rindu yang melanda!
Lantas jari kita menekan keyboard satu persatu menyuarakan hati dan ilmu dan memandu ruh ukhwah kita sejauh-jauhnya.. berziarah dari satu hati ke satu hati, menerima dan memberi sedikit sebanyak firman dari kalam ilahi..
pastinya disini..
Ajaibkan?
Memang dakwah sering punya keajaiban!
Mentautkan hati yang jauh beribu batu yang tidak pernah bertemu
berkongsi cerita dalam perjuangan yang berbeza suasana dan kehidupannya..
Lantas hati menguntum kasih..
kasih yang membuahkan cinta kerana dakwah dan kerana Allah.
Cintakan dakwah ini tidak seperti cintanya seorang manusia kepada pasangannya ! Pasangan yang mengalami cinta biasa yang hanya merasakan hanya itulah satu-satunya cinta dalam hidupnya! Menikah, bahagia dan terpisah kerana ajalnya.
Orang dakwah mempunyai cinta yang terlalu istimewa. Cinta yang bergerak melalui rasa hati. Berkomunikasi dengan hati dan getaran getaran perjuangan. Cinta yang sentiasa hidup dan bernafas. Cinta yang terarah mengikut neraca yang sempurna.
Dengan akhlak dan budi, dengan iringan cita-cita yang tinggi dalam luapan lahar-lahar perjuangan yang membangkitkan aura yang menghairahkan!
Menuju Allah. Menuju syurga Allah. Dengan tawakkal dan keyakinan.
Cinta orang dakwah hanya satu cinta. Tiada cinta pertama dan cinta kedua.
Itulah cinta Allah. Induk segala cinta.
Aku tidak menafikan kemungkinan kita semua memiliki cinta pertama. Cinta pada manusia. Cinta yang kita pisahkan dari acuanNya. Yang kosong tanpa ruh ubudiyah kepadaNya. Cinta yang indah dimata dan tidak terperikan. Yang diulit seribu kenangan!
Memang cinta pertama tidak pernah mati tapi cinta pertama itu juga tidak pernah survive!
Kerana cinta pertama adalah pelajaran pertama kita mengenali cinta dalam hidup ini. Yang berujung dengan airmata dan gurindam jiwa.
Dan kerana cinta pertama itulah kita semua berada di jalan dakwah ini setelah mengenal ertinya!
Menunduk diri dibawah naungan cintaNya.
Dan meletakkan segala cinta dibawah arasyNya.
Dengan satu cita dan tujuan.
Mardhatillah didalam kehidupan!
Kita duat yang berada dijalan dakwah ini ibarat berada ditengah lautan samudera. Menjadi seorang penyelam (sedar) atau seorang yang tenggelam (lalai)!
Kedua-duanya berada didalam air.
Bezanya seorang penyelam sedar dan menyediakan alat2 sejauhmana dia ingin menyelam dilautan yang luas itu agar dia tidak lemas tapi orang yang tenggelam tidak sedar dan tidak menyediakan sesuatu, hingga ia beku mati tanpa boleh berbuat apa-apa dan tanpa memperolehi apa-apa!
Dan dengan kesedaran itulah, kita harus membina kekuatan kita. Jati diri kita melalui tarbiyah yang beterusan tanpa jemu agar kita terpelihara dari kelalaian. Dan diatas kesedaran jugalah kita harus terus bergerak dijalan dakwah ini untuk memandu dan menuntun manusia sebagai satu tanggungjawab dan kerja utama kita berbanding kerja-kerja peribadi yang tidak pernah menjanjikan ketenteraman diakhir kehidupan kita.
Segala kenikmatan yang kita cari didunia ini semuanya tersimpan di dalam dakwah jika kita benar-benar memahaminya!
Sebutkan apa saja!
Kerana jalan dakwah adalah bayangan dari syurga dan pintu bagi syurga.
Namun jalan dakwah dan perjuangan penuh warna-warna ujian untuk menyaring pengembang-pengembangnya.
Menyaring Zaid bin Harithah yang membawa bendera Islam dengan puluhan tombak yang menyinggah dibadannya sehingga ruhnya disambut diranjang syurga.
Disambut bendera itu oleh Jaafar ditangan kanannya lalu diputuskan tangannya oleh musuh, disambut ditangan kirinya, lalu diputuskan lagi oleh musuh akan tangannya dan didakap bendera itu didadanya lalu ditebas tubuhnya dan dia terbang ke syurga!
Bolehkah kita menghadapi saringan itu?
Atau hanya berkisar dikelompok kita yang hanya mampu duduk didalam halaqah yang bertahun-tahun lama tanpa menatijahkan sesuatu kecuali menutup kerja tarbiyah kita dengan ” tasbih kafarah dan surah al’Asr ” dihujungnya sebagai pelengkap halaqah tanpa peningkatan?
Tahun berganti tahun dan kita hanya bergulir untuk menundukkan nafsu kita sendiri yang turun naik serta iman yang bagai lelayang yang putus tali hingga kita beku bertekuk lutut mencari solusinya sehingga kita terasa sempitnya dakwah ini!
Sebenarnya dakwah dan tarbiyah tidak begitu. Kita harus menyaring pasukan terbaik setiap tahun untuk masa depan dakwah yang cerah.
Bukan hanya membina ukhwah dan berkasih sayang sahaja tanpa mahu berpisah dan berhijrah! Apakah dakwah dan potensi dakwah hanya disana?
Sedangkan disini ramai yang mendambakan kekuatan dan pengalaman kita!
Dalam meniti hidup sebagai seorang da’i terkadang kita didera oleh rasa ragu dan bimbang untuk meninggalkan sesuatu yang kita suka apa lagi menghalakah diri kita dari meneroka sesuatu yang baru dari alam yang lebih mencabar!
Apakah disitu saja tahap kepimpinan kita?
Marilah kita terus merencana hidup kita dan mati kita agar kehidupan ini boleh mengubah kita dari baik kepada yang terbaik!
Berhijrahlah!
Untuk siapa?
Tidak lain untuk Allah semata!
Ya Allah, aku bersumpah kepadaMu, bahawa esok pagi aku akan bertemu musuh. Aku akan bunuh mereka dan mereka akan membunuhku. Lalu mereka membelah perutku, menghiris hidungku dan memotong telingaku. Lalu aku menghadapMu dan Engkau bertanya kepadaku. ” Demi siapa ini semua?” Dan aku akan menjawab, ” untukMu “
~ Abdullah Bin jahsyi > dimalam perang UHUD.
No comments:
Post a Comment