Hari ni saya luangkan masa membaca artikel berkenaan dengan sakit saraf, lumpuh dan sakit tulang belakang. Sakit tulang belakang mampu mengakibat kan lumpuh secara kekal atau pun sementara. Saya masih lagi tak berapa faham macam mane kategori sakit tulang belakang dan sakit saraf ni?? Semalam hari pertama saya menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu Darul Iman. Rawatan X-ray dan regangan kalau tak silap. Seperti kata doktor sakit tulang belakang dan sakit saraf mengambil masa yang lama untuk pulih. Mungkin makan masa bertahun2.

Sumber gambar
Bila orang tanya, awak sakit ape? saya cuma boleh cakap tak boleh bangun dari katil, tak mampu angkat kaki dan sakit saraf. Sekarang memang boleh jalan, dari jauh nampak sihat tapi mengalami pergerakan yang terhad.
Kalau la perjalanan hidup macam perjalanan keretapi, lancar je.. ya ALLAH hamba redha dgn ketetapanMU.. biarlah org sekeliling x memahami skt hamba, tp engkau memahami betapa sakitnya hamba.. kuatkan kesabaran hamba ya ALLAH.
Antara masalah2 pesakit saraf dan tulang belakang ni.
1. Pergerakan yang terhad
2. Orang sekeliling krg memahami
3. Kesan psikologi dengan 2 perkara di atas
Antara perkara yang diperlukan oleh pesakit saraf seperti:
1. Sokongan dari keluarga, saudara mara serta orang tersayang. Cuba tingkat kan pengetahuan asas dalam memberi sokongan pesakit saraf seperti membaca. Mengenal pasti kehendak pesakit. Contohnya pesakit ingin mencapai buku, sebelum pesakit meminta bantuan hulurkan buku, kita dah hulurkan. ha macam tu la.
2. Sentiasa memberi harapan kepada pesakit. Biasanya pesakit akan sentiasa rasa hilang semangat dan sentiasa berfikiran negative. Orang sekeliling harus memberi kata2 semangat serta harapan positif kepada pesakit. Biarkan ruang pesakit mencari makna kehidupan sendiri.
3. Mengurang berat badan bagi menampung badan dengan pergerakan yang terhad.
4. Melakukan rehabilitasi dan senaman ringan seperti berjalan2. ini kerana bila pergerakan yang terhad akan menjadi kan otot badan menjadi lemah. Rehabilitasi atau senaman ringan mampu menambah kekuatan otot.
5. Menggalak kan pesakit untuk meluahkan perasaan. Antara cara paling mudah ialah dengan menulis.
Petua Mencegah sakit tulang belakang:
1. Amalkan postur yang baik dengan memastikan bahagian belakang anda tegak.
2. Gunakan kerusi yang dapat menyokong belakang anda dengan baik.
3. Tidur atas tilam yang sesuai (tidak terlalu lembut) dan elakkan berbaring dengan muka ke bawah.
4. Elakkan daripada duduk, berdiri atau membongkok terlalu lama.
5. Jangan mengangkat beban yang berat dengan membongkok.
6. Lakukan senaman terutama senaman yang dapat menguatkan otot abdomen dan belakang.
7. Jika berat anda meningkat, berusahalah untuk mengurangkannya bagi meringankan beban kepada tulang belakang.
8. Elakkan memakai kasut bertumit tinggi.
Boleh juga baca artikel2 berkaitan sakit saraf dan tulang belakang
- Sokongan keluarga bantu pesakit kronik
- Fahami Pemulihan Pesakit
- Kerosakan pada saraf tunjang boleh sebabkan lumpuh
- Baik pulih anggota
- Sakit Belakang
- Pengaruh Saraf Tulang Belakang dan Gejalanya pada Organ Tubuh
Semoga semua orang tabah dalam menghadapi dugaan masing2.