Sunday, March 6, 2011

REDHA dilanda masalah..



Dengan Nama ALLAH yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah segala puji-pujian kehadrat ilahi, selawat serta salam ke atas junjungan mulia Rasulullah SAW, para ahlul bait, para sahabat-sahabiah, tabi'in, tabi'-tabi'in serta umat islam yg masih lg tsabat di jalan ALLAH dlm memperjuangkan kalimat suci "laailahaillallah muhammadurrasulullah" sehingga hari kiamat.. insyaALLAH

setelah bermuhasabah ke atas ujian yg ALLAH berikan pd ana, dengan sifat ALLAH yg Maha Pengasih dan Penyayang ke atas hambaNYA, ana dpt menempuhi mehnah di dunia ini dgn izin ALLAH.. yakin akn pertolongan dr ALLAH.. sabar, sabar dan sabar.. seperti msg yg ana terima drp sahabat yg ana kasihi kerana ALLAH.. pd suatu petang, ana terima 1 msg yg sgt persis dgn kondisi hati ana ketika itu..

"Aku minta dr ALLAH setangkai bunga segar,
DIA beri aku kaktus berduri.
Aku minta rama2,
DIA beri aku ulat..
Tp aku tetap bersabar..
Namun tdk lama kemudian,
kaktus tadi berbunga indah sekali,
dan ulat itu menjadi rama2 yg cantik,
begitulah cara ALLAH mengasihi kita,
selalu indah pd waktunya."

~sabar MEMANG pahit, tp HASILNYA manis~
jazakillah ya ukhti mahabbah..

ana fikir, hari ini berapa orang di antara kita redha dengan masalah yang menimpa dirinya? Cuma sedikit, kerana ramai yang menyumpah-nyumpah, mengeluh bahkan menyalahkah ALLAH kerana membebankan masalah. Tak habis satu masalah, datang lagi satu masalah. Redha dilanda masalah akan menjadikan kita insan bersemangat tinggi.

Kita akan bersemangat tinggi apabila ada khendak untuk keluar dari masalah. Usahlah sakit hati diberikan masalah yang tak pernah kita minta. Doalah sebanyak mungkin, selain rajinkan diri berusaha menyelesaikan masalah. Akhirannya, kita akan berubah menjadi orang berhati tabah, bermotivasi serta befikiran positif. wallahhua'lam

p/s: sekadar perkongsian drp pengalaman hidup yg ALLAH anugerahkan pd ana.. tetap berkongsi w/pn diri ini masih lagi bertateh untuk menuju jln ketaqwaan kpd Sang Maha Pencipta..

5 comments:

  1. Kerana ujian itu tanda kasih sayang Allah pada kita, gembiralah dengan musibah itu, kerana masih ada kasih Allah pada kita. Berdukalah andai tiada musibah buat kita kerana mungkin ketika itu kita tidak bermakna di mata Allah. nauzubillah

    ReplyDelete
  2. kita memang kena hadapi ujianNya ini. setiap org ujiannya berlainan. maka, beruntunglah mereka yang diuji sbb Allah mahu kita ingt padaNya

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum wbt...
    terus bangkit ya mujahidah Islam. ujian tanda kasihnya padaMu. setakat manakah pengharapan dn pergantungan harap kita yang sebenar2nya dalam tiap helaan nafas kita. Yang hakikatnya, padaNya sahaja pengharapan kita sepatutnya. Tawakal,Doa dan Usaha...mengharap ditunjukkiNya jalan yang Lurus dalam tiap langkah itu,sewajarnya!namun,kita semua hamba yang faqir ilallah mudah lupa,mudah alpa.ujianNya buat kita kembali pulang ke jalanNya, mendambakan sepenuh juwa raga hanya pada Yang Maha PengurniA.betapa diri ini tak punya apa2.kosong,tiada apaa2..Ya Allah....engkau sahaja pengubat seglanya...Engkau mengetahui kata hati Kami,betapa kami sangat membutuhkan Taufiq dn HidayahMu Ya Robbi.Moga terus dituntunNya ke jalan kebenaran amin thumma amin Ya Robbal alamin=(

    ReplyDelete
  5. jazakillah khoiron kathiro atas kata2 antunna.. bangkit..3x
    doa senjata org mukmin

    ReplyDelete