Wednesday, June 23, 2010

Ohh DUNIA...

Era ini, ramai yang berbicara tentang soal politik, soal fikrah, soal cinta, soal kaya raya, soal harta, soal dakwah dan macam-macam soal. Jarang-jarang kita mendengar bicara tentang kebesaran ALLAH, kehebatan Al-Quran, Ke"AJAIBAN" Alam, Kenabian Nabi Muhammad S.A.W, hingga kekalutan ini mencairkan minda kita masih berada pada "takuk yang lama". Percaya atau tidak?? Inilah hakikat sebenar. Toleh kanan, pasti cerita pasal fesyen, toleh kiri, cerita pasal "pasangan", toleh depan cerita soal "subjek2". Dan jarang-jarang bercerita betapa ALAM ini indah atas HEBATANYA TUHAN PENCIPTA ALAM. Betapa ramai dari kita masih mencari-cari "siapa sebenarnya tuhan yang esa".



Ramai manusia yang masih tercari-cari akan hakikat kehidupan. Sedang seharian hidup kita adalah untuk mencari identiti diri kita, siapa sebenarnya kita? Kita mahu menjadi apa? sejak kecil lagi kita ditanya oleh ibu-bapa dan guru kita, "Apakah cita-cita kamu?".. Itu sebenarnya satu refleksi pada diri sendiri untuk berfikir. Apakah cita-cita sebenar diri ini? Di sekeliling sahabat-sahabat banyak bercerita tentang kerjaya-kerjaya, yakni kerjaya sebagai Doktor, sebagai Engineer, sebagai Cikgu dan sebagainya. Namun, berapa ramaikah di antara kita berbicara tentang kerjaya sebagai seorang "Da'ei"? Menceritakan tentang kelebihan menjadi orang yang menyampaikan risalah Tauhid? Menceritakan tentang keagungan ALLAH S.W.T? Hari ini ramai yang lebih suka menulis prinsip hidup, cerita kehidupan seharian, coretan kisah sedih, serta coretan pengembaraan alam.


Kata Dr. Donald Malek, "Are you playing around or are you giving the truth?"

Benarlah kata Dr Donald Malek, kerana ramai orang-orang Islam hanyalah tahu untuk bersuka ria, bercerita kosong, bermain-main hingga lupa tanggung jawab sebagai seorang Islam yang seharusnya menyampaikan Risalah Tauhid ini.


Daripada lbnu 'Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad utusan Allah, sehingga mereka mendirikan solat dan membayar zakat. Apabila mereka telah berbuat demikian, maka mereka telah memelihara darah mereka dan harta mereka daripada
aku, melainkan dengan hak lslam, dan hisab perhitungan amal mereka terserah kepada Allah Ta'ala.
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)

Ayuh, sertai Misi Dakwah!! Berapa ramai yang masih dalam keraguan. Mencari-cari identiti diri, "siapakah aku?" mencari Tuhanya, "Siapakah tuhanku?" Walhal, telah terang-terangan, kita ini tidak lain tidak bukan, hanyalah manusia. Yang dihidupkan dan Yang dimatikan. Lalu dibangkitkan kembali di padang masyhar untuk dihisab atas perbuatan semasa hidup. Tidak akan terlepas walaupun sebesar zarah atas segala kezaliman dan kemungkaran. Tidak terbiarpun walaupun sebesar zarah atas segala kebaikan dan keikhlasan. Sesungguhnya ALLAH itu maha Adil. Lihat sahaja ALam, keadilan ALLAH yang terserlah. Acuan alam yang cukup sempurna. Perlihatkan sahaja batu dan air. Batu gagah perkasa, keras dan kuat. Sedangkan air lembut dan tenang. Mudah diwapkan dengan haba. Tapi tetap mampu melekukkan batu. Itulah halwa keadilan ALLAH. Setiap ciri-ciri ada kebaikan dan keuntungan. Namun, tetap ramai tak mengenali ALLAH itu maha adil. Lantas, mengabaikan suruhannya, ragu dalam melaksanakan suruhannya. Adakah kita masih mampu bersikap ANGKUH terhadap ALLAH AZZAWAJALLA.. wallahua'lam

No comments:

Post a Comment