Friday, March 18, 2011

Sakit tulang belakang sakit saraf serta lumpuh - Sokongan dan harapan

Bismillahhirrohmanirrohim..

Hari ni saya luangkan masa membaca artikel berkenaan dengan sakit saraf, lumpuh dan sakit tulang belakang. Sakit tulang belakang mampu mengakibat kan lumpuh secara kekal atau pun sementara. Saya masih lagi tak berapa faham macam mane kategori sakit tulang belakang dan sakit saraf ni?? Semalam hari pertama saya menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu Darul Iman. Rawatan X-ray dan regangan kalau tak silap. Seperti kata doktor sakit tulang belakang dan sakit saraf mengambil masa yang lama untuk pulih. Mungkin makan masa bertahun2.


Sumber gambar

Bila orang tanya, awak sakit ape? saya cuma boleh cakap tak boleh bangun dari katil, tak mampu angkat kaki dan sakit saraf. Sekarang memang boleh jalan, dari jauh nampak sihat tapi mengalami pergerakan yang terhad.

Kalau la perjalanan hidup macam perjalanan keretapi, lancar je.. ya ALLAH hamba redha dgn ketetapanMU.. biarlah org sekeliling x memahami skt hamba, tp engkau memahami betapa sakitnya hamba.. kuatkan kesabaran hamba ya ALLAH.

Antara masalah2 pesakit saraf dan tulang belakang ni.
1. Pergerakan yang terhad
2. Orang sekeliling krg memahami
3. Kesan psikologi dengan 2 perkara di atas

Antara perkara yang diperlukan oleh pesakit saraf seperti:
1. Sokongan dari keluarga, saudara mara serta orang tersayang. Cuba tingkat kan pengetahuan asas dalam memberi sokongan pesakit saraf seperti membaca. Mengenal pasti kehendak pesakit. Contohnya pesakit ingin mencapai buku, sebelum pesakit meminta bantuan hulurkan buku, kita dah hulurkan. ha macam tu la.
2. Sentiasa memberi harapan kepada pesakit. Biasanya pesakit akan sentiasa rasa hilang semangat dan sentiasa berfikiran negative. Orang sekeliling harus memberi kata2 semangat serta harapan positif kepada pesakit. Biarkan ruang pesakit mencari makna kehidupan sendiri.
3. Mengurang berat badan bagi menampung badan dengan pergerakan yang terhad.
4. Melakukan rehabilitasi dan senaman ringan seperti berjalan2. ini kerana bila pergerakan yang terhad akan menjadi kan otot badan menjadi lemah. Rehabilitasi atau senaman ringan mampu menambah kekuatan otot.
5. Menggalak kan pesakit untuk meluahkan perasaan. Antara cara paling mudah ialah dengan menulis.

Petua Mencegah sakit tulang belakang:
1. Amalkan postur yang baik dengan memastikan bahagian belakang anda tegak.
2. Gunakan kerusi yang dapat menyokong belakang anda dengan baik.
3. Tidur atas tilam yang sesuai (tidak terlalu lembut) dan elakkan berbaring dengan muka ke bawah.
4. Elakkan daripada duduk, berdiri atau membongkok terlalu lama.
5. Jangan mengangkat beban yang berat dengan membongkok.
6. Lakukan senaman terutama senaman yang dapat menguatkan otot abdomen dan belakang.
7. Jika berat anda meningkat, berusahalah untuk mengurangkannya bagi meringankan beban kepada tulang belakang.
8. Elakkan memakai kasut bertumit tinggi.

Boleh juga baca artikel2 berkaitan sakit saraf dan tulang belakang
- Sokongan keluarga bantu pesakit kronik
- Fahami Pemulihan Pesakit
- Kerosakan pada saraf tunjang boleh sebabkan lumpuh
- Baik pulih anggota
- Sakit Belakang
- Pengaruh Saraf Tulang Belakang dan Gejalanya pada Organ Tubuh

Semoga semua orang tabah dalam menghadapi dugaan masing2.

15 comments:

  1. salam ukhti. walau apa pun ALLAH sentiasa bersama. =)yakin!

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. assalamualaikum. nama kita sama :)
      anyway.. kaifahaluki?
      i'm so touched read ur writing here.
      bcoz my besfren baru disahkan dr kena penyakit nie.
      saya cari2 artikel, terjumpa artikel nie.
      since now, saya x dapat faham dia.
      dia dah berubah dari seorang periang jadi seorang yg pendiam :(

      Delete
    2. assalamualaikum..
      sy bru ja terjumpa artikel ni. dan sangat menyentuh hati. luahan penulis dan komen2 yg ada. saya juga menghidap penyakit saraf. dah 6 tahun. mcm2 doc saya jumpa, klinik, hspital. awalnya doc xtau apa punca sakit. luar nampak ok. berjalan pun ok. buat MRI scan bru tau punca.

      mcm Cik Mimiey ckp. kwn berubah menjadi pendiam.. Ya, sy mengalami bnda yg sama.
      saya jadi seorang yang kurang bersosial. rakan-rakan ajak keluar, kebanyakannya saya tolak. sebab saya nak elakkan rasa sakit tu bila banyak bejalan. tak semua org akan faham keadaan tu. kalau kawan yg memahami, alhamdulillah.. saya tak mengharapkan kawan sentiasa memahami saya, satu hari nanti mereka juga akan letih.

      Doc ckp boleh sembuh, tapi ambil masa. Dengar nasihat doc, berusaha, berdoa..InsyaAllah boleh sembuh. Cuma perlu sokongan dan kata-kata semangat dari rakan2 dan juga keluarga.

      Delete
  3. subhanaAllah,ukhti.. terlihat keatabahn hati n ketawakalan yg tinggi pd Allah yg Maha Penyembuh dr penulisan ini.. sebak di hati mengenangkan ujian ini harus anti lalui.. berat mata yang memandng, berat lagi bahu yg memikul.. rs cam nk terbg je dr temerloh ni g kat anti.. namun ana yakin n percaya, setiap apa yg berlaku, pasti ada hikmahnya. dan ia akan membuatkan kita rs lebih dekat pd Allah. beruntunglah insan yg diuji kerana ujian itu bisa menghapuskan dosa yg jika kita ikhlas menerimanya.. akak doakan moga Allah memberikan yg terbaik buat adik akak yg sorg ni..

    salam sayang dari,
    k.wani (^_^)

    p/s: x sangka lak anti ade blog ye.

    ReplyDelete
  4. syukron jazilan ukhti mahabbah~kak wani.. rndu banget sama kamu.. hari tu xley jmpa ant,huhu.. moga ALLAH terus menerus mengikat rasa kasih n syg ana pd ant.. :-)

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum...
    sy rse mcm sama je dgn apa yg saya alami.. sy skit tulang belakang dah 5 bln.. klu sy jln mmg org nmpk normal, tp sakit tu hanya sy ngan Allah je tau... dah 4 kli jmpe doctor, smua ckp x ada apa2... igt cuti semester ni nk keje.. tp mcm tu lah. skit ni kerja apa yg saya boleh buat.. tp walaubaaimanapun, kne jgk blajar lawan sakit ni.. sbb 1 hari nanti I'Allah akan berkerja jgk utk tanggung family.... smoga kita bersabar dgn ujian Allah...
    Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya
    wassalam.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba buat mri.. Saya dh sakit lama br buat mri tahun lepas 2012.. Bygkan pergi jmpa doc tp x thu apa.. Xray x akan nmpk.. Dgn mri baru nmpk knpa blh sakit x baik2..

      Delete
  6. assalammualaikum..saye mendoakan anda cepat sembuh dan yakin....ALLAH itu maha berkuasa....mudah2an kembali pulih secepatnye...

    ReplyDelete
  7. Orang lain yg x melalui x akan faham

    ReplyDelete
  8. Saya sndr punya sakit yg sama.. Manakan tidak..saya seorang penjawat awam beruniform.. Org sekeliling ada yg berkata2.. Nmpk sahaja kita sihat.. Tp org lain x tahu pergerakan saya terbatas.. Apa yg org lain tahu hnya membuat andaian mcm kita ni saje2 nk sakit.. Ingat kita nk ker jadi mcm nie.. Saya pulak seorang yg peramah.. Mgkn tue org nmpk saya.mcm x ada apa2.. Tension pon ada..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum...spt anda juga...saya sakit hampir 2 tahun...dpt d kesan melalui MRI...mulanya hampir mengalami kemurungan krn sebagai guru...sukarnya utk bergerak dan bersuara....Alhamdulillah saya mendapat sokongan yg kuat dari kluarga...namun ada juga rakan yg terus melarikan diri kerana saya sudah tidak lagi berguna utk mereka..dan ada juga rakan yg setia dan amat mengambil berat...Alhamdulillah...Allah tunjukkan siapa itu kawan yg sebenar...tak perlu mengharap manusia utk faham keadaan kita kerana semuanya Allah tentukan...apa yang Allah kurnia atau yg Allah uji...itulah yg terbaik utk kita wlpn kita tidak tahu hikmahnya...berusahalah perbaiki hubungan dgn Allah...hargai kluarga...berbaik sangka dengan Allah yg Maha pengasih lagi Maha penyayang..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum...spt anda juga...saya sakit hampir 2 tahun...dpt d kesan melalui MRI...mulanya hampir mengalami kemurungan krn sebagai guru...sukarnya utk bergerak dan bersuara....Alhamdulillah saya mendapat sokongan yg kuat dari kluarga...namun ada juga rakan yg terus melarikan diri kerana saya sudah tidak lagi berguna utk mereka..dan ada juga rakan yg setia dan amat mengambil berat...Alhamdulillah...Allah tunjukkan siapa itu kawan yg sebenar...tak perlu mengharap manusia utk faham keadaan kita kerana semuanya Allah tentukan...apa yang Allah kurnia atau yg Allah uji...itulah yg terbaik utk kita wlpn kita tidak tahu hikmahnya...berusahalah perbaiki hubungan dgn Allah...hargai kluarga...berbaik sangka dengan Allah yg Maha pengasih lagi Maha penyayang..

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum wb.. Saya mengalami pening kepala mcm digerudi dan ketegangan bahu yg teruk selama hampir 2 tahun.Satu pagi saya rasa sakit sangat nak bangun.Terasa urat2 bahu dan tengkuk menarik2.Bila buat MRI nampak cakra pd tengkuk tergelincir. Doktor nasihatkan saya buat facetectomy utk potong cakera yg terkeluar menyebabkan saya sakit. Ini saya dah sebulan selepas facetectomy.. Tapi urat2 leher dan bahu saya sgt sensitif.Tak boleh byk pergerakan. Perasaan ALLAH saja yg tahu. Syukur alhamdulillah suami dan keluarga amat perihatin. Semoga kita semua yg diuji dgn sakit ini diberi kekuatan rohani,mental.Allah humaa ammin.

    ReplyDelete
  12. TAKKAN NAK BIAR JE MAKIN TERUK??
    RAWAT SEBELUM TERLAMBAT!!
    .
    ✔ Untuk lelaki dan perempuan
    ✔ Tiada kesan sampingan
    ✔ 100% ramuan herba semulajadi
    ✔ Badan bertambah sihat & cergas
    .
    XNAK KE !!!

    KAMI MENYEDIAKAN RAWATAN SEPERTI DI BAWAH !!

    - Merawat Sakit Belakang, Sakit Lutut, Batu Buah Pinggang, Masalah Buah Pinggang, Kolesterol, Masalah Kulit, Arthritis, Masalah Disc, Keupayaan Imbangan Badan, Kekuatan & Stamina, Peredaran Darah.

    - Masalah Perut, Ulser, Hernia, Usus Masalah, Pengurangan Masalah Gas Badan.

    -Merawat Kencing Manis, Batu Karang, Hempedu, Masalah Hati, Demam Kuning.

    - Merawat Asma, Pernafasan, Bronkitis.

    - Merawat Jantung, Urat Saraf

    - Meraeat Sakit Bahu, Tekanan Darah Tinggi, Tekanan Darah Rendah

    - Merawat Sakit Bahu, Kebas Tangan, Peredaran Darah di Tangan.

    - Merawat Masalah Telinga dan Tekak, Resdung, Tiroid, Pertumbuhan Sel-Sel Otak, Daya Ingatan, Sakit Kepala, Tekanan Mata..

    - Merawat Sakit Lutut, Rasa Kaki Terbakar, Sakit Kaki, Kebas, Saraf Kaki Lemah

    - Merawat masalah Prostat, Testis, Ovari, Jangkitan Pundi Kencing, Masalah Pundi Kencing.

    - Merawat Sembelit, Kelenjar Prostat.

    - Merawat Masalah Perut, Ulser, Rahim, Haid tidak Teratur, Penyakit Keputihan.

    #hospicell #pusatrawatan #terbaik #canggih
    .
    ➽ Kepakaran kami adalah utk merawat pelanggan kami tentang masalah dan kesihatan..

    ➽ Sila tinggalkan No TEL & MASALAH di ruang comment..
    .
    ATAU WHATSAPP terus kepada kami
    .
    WHATSAPP +60133723735
    WHATSAPP +60133723735
    WHATSAPP +60133723735
    .
    27, Jalan SG 3/12,
    Taman Sri Gombak,
    68100 Batu Caves,
    Selangor
    Tel : +60133723735

    Jangan lupa SHARE and TAG nama kawan-kawan anda, nantikan banyak lagi RAWATAN & PROMOSI hebat yang bakal menanti anda. Jom singgah!!

    ReplyDelete